Apa
maksud ayat al-Kahfi 104…maksud mensia-siakan perbuatan?
Jawapan:
Menurut
Ustaz Abdul Razak Mutalib[1], Mereka adalah orang-orang yan mensia-siakan
perbuatan mereka semasa hidup di dunia, sedangkan mereka menyangka mereka tu
dah melakukan perkara sehabis baik. Sedangkan dalam ayat sebelumnya iaitu pada
ayat 103, Allah kata tu golongan yang paling rugi.
Maksud
ayat tersebut, menurut Ibn Khateer ialah orang-orang yang mengerjakan perbuatan
yang sesat dan tidak berlandaskan syariat yang ditetapkan serta perbuatan yang
tidak diredai dan diterima oleh Allah.[2]
Syed
Qutub pula di dalam tafsirnya[3] menjelaskan usaha sia-sia itu merujuk kepada
usaha-usaha itu tidak membawa kepada hidayat dan tidak membawa mereka kepada
sesuatu faedah atau matlamat.
وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّہُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا
Oleh
sebab mereka terlalai, mereka tidak sedar bahawa usaha-usaha mereka sia-sia dan
hilang percuma. Mereka terus melakukan usaha-usaha yang sesia dan sesat itu dan
menghabiskan masa hidup mereka dengan percuma.
Sebab
itu dalam ayat 105 surah ini Allah menggunakan kalimah habitot (حَبِطَتۡ)
bererti penyakit kembung yang dihidapi binatang ternakan apabila ia termakan
sejenis rumput yang beracun. Orang yang
melakukan amalan sia-sia diumpamakan sebagai yang memiliki
penyakit.
Penyakit ini boleh membawa
maut. Ia kelihatan kembung dan mengelembung besar sehingga para pelakunya
menyangka bahawa amalan-amalan itu benar-benar baik, berjaya dan menguntungkan.
Namun hakikat yang sebenarnya ia membawa kepada kebinasaan.
Allahu'alam.
RUJUKAN:
[1] Abdul Razak Mutalib. Hikmah Surah al-Kahf
[2] Ustaz Yusuf Arbain
[3] Syed Qutub. Fi Zilalil Quran. Surah al-Kahf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan