Soalan:
Sah ke solat kita, kita solat lambat waktu kemudian kita tengah solat masuk waktu azan.
Jawapan:
Menurut ulama, orang yang bersolat diakhir waktu misalnya solat asar kemudian kedengaran azan yang menandakan masuk waktu maghrib sedangkan 3 rakaat solat lagi diluar waktunya, adalah dikira sebagai solat tunai juga.[1]
Saya juga bertanya kepada Tuan Guru Abdul Basith Abdul Rahman Hafizahullah berkenaan permasalahan ini, dan beliau menjawab:
"Berapa rakaat dah kita solat? Kalau dapat 1 rakaat kira masuk tak payah qadha."
Berkata Ustaz Ahmad Fauwaz didalam majalah al-Ustaz[2],
"Kelewatan ini akan dikira sebagai dosa sekiranya sebahagian solat fardhu itu berada di luar solat.
Contohnya, Ali sempat menunaikan satu rakaat pada waktu zohor dan tiga rakaat lagi dalam waktu Asar. Maka hukum melewatkan solat sebegini HARAM walaupun solat itu dikira tertunai."

RUJUKAN:
[1] Ishak Din al-Khairi, Abu Hassan Din al-Hafiz (Dato') (2001), Menjawab Kemusykilan Ibadat Solat m/s 49, Kuala Lumpur: Darul Nu'man
[2] Ustaz Ahmad Fauwwaz Fadzil (2014), al-Ustaz Isu 22: Usul dan Kaedah; Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. m/s 64-65
[2] Ustaz Ahmad Fauwwaz Fadzil (2014), al-Ustaz Isu 22: Usul dan Kaedah; Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. m/s 64-65
Tiada ulasan:
Catat Ulasan