Soalan:
Nak tanya gitar tu haram dimainkan ke? Dan mendengarnya maksiat ke?
Jawaban:
Haram main gitar kalau teransang, sambil main gitar minum arak,
terpesong aqidah, ada unsur seks dan percampuran lelaki perempuan.
As-Syaikh Ahmad Kutty menyatakan ada dua pandangan [1]:
1. Semua alat muzik adalah HARAM kecuali ad-duff (rebana) pada hari perkahwinan.
2. Alat muzik hukumnya HARUS selagi tidak ada unsur seksual, meyembah berhala, ajaran sesat dan percampuran lelaki dan perempuan.
Prof
Dr. Yusuf al-Qaradhawi didalam Halal wa Haram menyatakan ulama
mengHARAMkan muzik dan nyanyian adalah kerana bila mana ada nyanyian dan
muzik, pasti ada arak dan pesta maksiat.[2]
Allahu'alam.
TAMBAHAN: Selagi kita bebas daripada perkara yang disebutkan diatas. Silakan. Cuma jangan sampai meninggalkan solat.
Jikalau bermain alat muzik sehingga lalai, itu adalah HARAM.[3]
RUJUKAN:
[1] Daud Baharum (2006), Fatwa, Selangor Darul Ehsan: Gading Kreatif. hlm. 343 dan 344
[2] Yusuf al-Qaradhwi (Dr) (2014), Halal dan Haram Dalam Islam, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. hlm 568
[3] Ustaz Azhar Idrus (2014), Deme 'Wasap' Ambe Reply Berkenaan Fikah Remaja, Kuala Lumpur: Publishing House Sdn. Bhd. hlm. 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan