SOALAN:
Wujud ka istilah 'tipu sunat'?
JAWABAN:
Terima kasih. Soalan yang sangat baik.
Ummu Kulthum r.anha [dalam lafaz Melayu menyebutkan Ummi Kalsum] berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim; lihat al-Azkar pada Kitab Hifzul Lisan)
TIDAK ada hukum tipu sunat. Yang ada tipu harus. Tipu adalah harus digunakan ketika dalam keadaan berhajat sahaja. Hajat yang baik.
Contoh hajat yang tidak baik ialah "butang baju aku mana pah. Aku nak gi kenduri Pak Jamal."
Padahal dia yang nak nikah.
Contoh 'tipu' yang harus: "Sedap kan ayang masuk Mee Tiaw ni?"
"Ah ah Isteri abang Intan Payung Berlian Emas Habib Jewel ni memang pandai masak", padahal rasanya macam sky juice. Nak menjaga hati, perhubungan maka silakan.
Allahu'alam.
RUJUKAN
1. Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi (1999), Al-Azkar, Kaherah: Darul Manar hlm. 293
2. ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/bohong-sunat.html?m=1