AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Ahad, 23 Februari 2014

Minum Air Yang Tiada Logo Halal

Soalan:

Soalan ini datangnya daripada, saudara Muhammad Irfan Abdul Rani. Soalannya agak panjang jadi saya ringkaskan begini ye Mursyid.

"Sekiranya kita mendapati suatu minuman ataupun makanan yang tidak mempunyai tanda halal. Apakah ia confirm haram memandangkan kita ada pilihan (makanan) yang ada tanda halal?"
 
Apa komen Mursyid? silakan.


Jawapan:

Mursyid Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri:

Ok, terima kasih kepada yang bertanya dan juga sahabat-sahabat di ruangan ini. Yang pertama masalah tentang tanda halal dan haram ini.

Saya melihat dalam isu ini kepada dua. Semua (makanan) sudah dipetakan dan ditanda.

Maka, pada masa itu memang kita boleh bergantung.
Tapi kadang-kadang, zaman kita atau masa kini masih ada lagi (makanan) tidak pakai lagi (tanda halal), yang belum menyeluruh keseluruhannya.

Contohnya, kalau nasi lemak mana ada Mak Minah buat tu, buat roti canai, apa-apa (letak) tanda-tanda macam tu.

Yang kedua, kita jangan terikut-ikut sangat ditempat kita ni. Dengan erti kata, kita nak bawak keseluruh dunia logo halal JAKIM.

Maksud saya, kalau kita pergi ke Saudi pergi buat haji tengok tak ada tanda halal. Jadi tak boleh nak makan, kita ni. Orang lain kita tengok lepas makan, makan, lepas makan, makan kita tak boleh. Nak tunggu halal juga. Jadi yang tu pun kena rai jugak. 
Jadi dalam isu-isu seperti ini kita perlu tengok, kita bahagi kepada 2;

Kalau benda yang tidak membabitkan sembelihan atau proses yang tertentu.
Maka kita mengambil hukum ''asal kepada sesuatu perkara ialah harus ".

Air umpamanya. Jadi,apa -apa benda pun, benda yang haram seperti arak maka hukumnya adalah haram .
Soal dia ada tulis halal atau tidak itu soal lain. Saya ingat macam zaman dahulu, Saidina Umar dia cukup mudah dalam perlaksanaan.

Macam mana, Saidina Umar pernah suatu ketika dia lalu, tepi pintu atau kita kata tepi bangunan rumah orang.

Jadi, adalah orang curah air terkena pada Saidina Umar. Lalu orang yang duduk tepi tu pun bertanya, "eh, ni air apa ni "Saidina Umar kata ''jangan tanya". Jadi, disitu prinsipnya amat mudah. Tak payah tanya.

Tapi, kita pun fahamlah. Janganlah bau hancing ke ataupun benda tu sekadar semata-mata air.

Jadi itu digambarkan, Islam diajar supaya jangan kita ni terlalu sampai untuk nak tekun ni nak check satu- satu sampai kepada kecik-kecik (perkara).

Kalau itu berlaku, maka kita menyebabkan memberatkan diri kita sendiri. Yang paling bahaya sekali, akan datang satu penyakit yang namanya was-was.

Jadi, bila was-was ni, Ya Allah, susah sangat. Jadi, jawaban yang tadi, kita tengoklah. Kalau air tu maksudnya, masih lagi macam biasa, tak jadi masalah-lah. Melainkan kalau diragukan dan dibimbangi kot kot kepada isu mabuk sebagainya. Maka, itu baru tak boleh.

Wallahu'alam .


NOTA:

1. Pada 4 haribulan Mac yang 2011, saya kebetulan teronline Facebook dan terbaca satu status dari DJ (Ustaz) Zamri radio IKIM (Kini sudah bersara daripada menjadi DJ Radio @IKIM.fm). Ustaz buka soalan di status Facebook, jadi saya pun mengambil kesempatan untuk bertanya dalam segmen Daurah di IKIM.fm bersama Tuan Guru Dr. Zulkifli al-Bakri.

2. Gaya bahasa juga dikekalkan didalam tulisan ini untuk pemahaman. Mohon tidak digunakan didalam subjek pembelajaran.

Apa itu Cinta?

Soalan:

Macam mana rasa cinta?

Jawaban:

Sebelum saya berkongsi bagaimana rasanya cinta, atau apakah tanda-tanda kita sudah jatuh cinta, suka saya berkongsikan ada beberapa tanda jika berlaku pada diri kita maka kita sudah perlu untuk berkahwin.
Menurut Ustaz Emran Ahmad, orang itu sudah perlu untuk berkahwin jika ada ciri-ciri yang demikian[1]:

1. Hati berasa sunyi walaupun ada ramai orang disekelilingnya.
2. Kehidupan tidak terurus.
3. Jantung berdegup laju bila wujud lawan jantina.
4. Hilang fokus bila wujud lawan jantina.
5. Cemburu terhadap kebahagiaan orang lain.
6. Sayang terhadap kanak-kanak.
7. Jatuh cinta
8. Cepat tergoda dan teruja.
9. Onani.
10. Ingin terhadap hubungan intim.

Baiklah, terus kepada jawapan, berikut diberikan beberapa tanda seseorang itu sudah jatuh cinta terhadap seseorang[2];

1. Memanahkan dan menghalakan pandangan mata (nampak dia di mana sahaja)
2. Malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Selalu mengingati dan menyebut tentang orang yang dicintai.
4. Tunduk kepada arahan orang yang dicintainya.
5. Bersabar menghadapi gangguan (perangai) orang yang dicintainya.
6. Memperhatikan dan mendengar ucapan orang yang dicintainya.
7. Mencintai tempat dan rumah orang yang dicintainya.
8. Segera menghampiri orang yang dicintainya.
9. Mencintai apa-apa yang dicintai orang yang dicintainya.
10. Jalan yang ditempuh terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintainya.
11. Perasaan serba salah mengunjungi orang yang dicintainya atau orang yang dicintainya mengunjungi dirinya.
12. Gementar bila berhadapan serta bila disebut nama orang yang dicintainya.
13. Tidak menyukai sesuatu yang tidak disukai orang yang dicintainya.
14. Berkorban untuk mendapat keredaan orang yang dicintainya.
15. Menyukai apa-apapun yang menyenangkan orang yang dicintainya.
16. Suka menjauhi orang lain.
17. Tunduk patuh kepada orang yang dicintainya.
18. Bernafas panjang dan lebih kerap.
19. Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan dengan orang yang dicintainya.
20. Adanya kesesuaian dan keserasian dengan orang yang dicintainya.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Emran Ahmad (2011), Mencari Pasangan Hidup. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd
[2] Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Raudhah Muhibb wa Nuzhah al-Musytaqin
روضه المحبين و نزهه المشتاقين

Kaum Nabi Hud

Soalan:

Assalamu'alaikum. Serious ke kaum Ad tu kaum Nabi Hud? Ammar baru baca buku teks pendidikan Islam. Ingatkan kaum Ad tu kaum Nabi lut.

Jawaban:

Waalaikumussalam.

Ya. Kaum Ad adalah kaum yang diutuskan kepada Nabi Hud. Firman Allah:

 وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودً۬ا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤ‌ۖ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا مُفۡتَرُون

"Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka Nabi Hud, dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah)."[1]

Ayat al-Quran yang berkisar tentang kaum Ad boleh dilihat didalam al-Quran dalam ayat 50 hingga 60 surah Hud (هُود) dan didalam surah as-Syuara' (الشُّعَرَاء) ayat 123 hingga 140.[2]


RUJUKAN:

[1] Surah Hud Ayat 50
[2] Harun Yahya. 2004. Kaum-Kaum Yang Pupus. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media

Solat Ikut Syiah

Soalan:

1. Nak tanya hukum solat ikut Syiah. Dan kalau kita tak tahu yang dia tu Syiah, kita ikut solat dia. Apa hukum dia?

2. Cara solat syiah tak bersedekap tangan. Habis bagaimana orang tengok (orang yang tak bersedekap tangan) ni Syiah ni?


Jawaban:

1. "Kalau kita tak tahu, tak tahu, tak ada hukumlah. Bila dah tahu kena mufaraqah lah."

2. "Tak ada masalah (bersedekap tangan) itu sebenarnya. Itu bukan rukun. Tak boleh (kata orang yang bersedekap tangan ni Syiah), kita kena belajarlah pasal mazhab Maliki pun tak letak (bersedekap) tangan juga."


Nota:

Soalan ini dijawab oleh Ustaz Nazmi Karim, barisan Ulama Shah Alam

Hukum Menari Sambil Berzikir


Soalan:

Berkenaan dengan zikir sambil berjoget. Saya nak tahu jugak.

Jawapan:

"Oh itu zikir berjoget tu, ahli-ahli sufi tasawuf jelah.
Kita nak kata salah, diorang ada bawakan beberapa hadislah yang menunjukkan ada sahabat-sahabat yang bergerak-gerak badan menunjukkan keseronokan.
Lalu dia ambil itu sebagai satu basic sebagai boleh bergerak-gerak tubuh bila mana berzikirlah.
Jadi kita hormat dia punya pendapat tapi bagi saya, pandangan yang rajih (yang lebih kuat) nya, kita tak begitulah. 
Tapi bagi sayalah dia pendapat yang marjuh
Nak kata sesat tu susah sikit.
Marjuh itu maknanya kurang utamalah.
Maknanya, salafussoleh, para sahabat tak buat begitu sebagai satu standard zikir mereka."[1]

Walaupun tak dinafikan ada ulama yang mengharuskan melahirkan kegembiraan dan menzahirkan keseronokan dengan menari, pesan Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, "Dalam melakukan al-hadrah (perbuatan tarian sambil berzikir dan berqasidah memuji Baginda S.A.W) ini, ia dilakukan hanya di kalangan kelompok mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu di kalangan ahli tarekat, dan tidak dilakukan di khalayak awam yang boleh menimbulkan fitnah apabila dilihat menyalahi adat ('uruf) masyarakat setempat".[2]


RUJUKAN:

[1] Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
[2] Majalah Q&A Isu 22, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad. Halaqah Tasawuf: Mengapa Ahli Sufi Berzikir Menari? m/s 38-40

Ahad, 16 Februari 2014

Tarik Kawan Menerima Islam

Soalan: 

Saya ada kawan non-muslim, dia belum Islam. Macam mana nak tarik dia masuk Islam? 


Jawapan: 

1. Ustaz Farhan Abdullah al-Hafiz; 

"Anta kena banyak ikram (muliakan) dia kemudian bermuamalah dengan dia, bergaul dengan dia. 
Bawa dia minum, bawa dia jalan-jalan.
Mudah-mudahan... 
Cakap benda baik-baiklah.
Berbahas pasal perbandingan agama. 
Tanya dia agama apa? 
Islam ni macam mana. 
Buat perbandingan." 


2. Ustaz Ahmad Ikhwan Abdullah Jr. (Daie TV3); 

"Cuba terangkan (kebaikan atau kelebihan) Islam dekat dia baik-baik. 
Tanya dia sama ada minat atau tak masuk Islam" 


3. Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang al-Idrus: 

"Kawan dengan dia dulu. 
Biar dia tengok akhlak kita dulu. 
Kadang-kadang kita tak payah ajar lagi (tentang Islam). 
Kita tengok, biar dia rapat dulu. 
Rapat, lepas tu tanya dia pasal agama dia, yang penting kita rapat dulu, rapat dengan dia dulu baru kita boleh masuk dengan dia sikit-sikit."