Soalan:
Berkenaan
dengan zikir sambil berjoget. Saya nak tahu jugak.
Jawapan:
"Oh
itu zikir berjoget tu, ahli-ahli sufi tasawuf jelah.
Kita
nak kata salah, diorang ada bawakan beberapa hadislah yang menunjukkan ada sahabat-sahabat yang bergerak-gerak badan menunjukkan keseronokan.
Lalu dia
ambil itu sebagai satu basic sebagai
boleh bergerak-gerak tubuh bila mana berzikirlah.
Jadi kita hormat dia punya
pendapat tapi bagi saya, pandangan yang rajih (yang lebih kuat) nya, kita tak begitulah.
Tapi
bagi sayalah dia pendapat yang marjuh.
Nak kata sesat tu susah sikit.
Marjuh itu
maknanya kurang utamalah.
Maknanya,
salafussoleh, para sahabat tak buat begitu sebagai satu standard zikir mereka."[1]
Walaupun tak dinafikan ada ulama yang mengharuskan melahirkan kegembiraan dan menzahirkan keseronokan dengan menari, pesan Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, "Dalam melakukan al-hadrah (perbuatan tarian sambil berzikir dan berqasidah memuji Baginda S.A.W) ini, ia dilakukan hanya di kalangan kelompok mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu di kalangan ahli tarekat, dan tidak dilakukan di khalayak awam yang boleh menimbulkan fitnah apabila dilihat menyalahi adat ('uruf) masyarakat setempat".[2]
RUJUKAN:
[1] Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
[2] Majalah Q&A Isu 22, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad. Halaqah Tasawuf: Mengapa Ahli Sufi Berzikir Menari? m/s 38-40
Tiada ulasan:
Catat Ulasan