Soalan:
Soalan ini datangnya daripada, saudara Muhammad Irfan Abdul Rani. Soalannya agak panjang jadi saya ringkaskan begini ye Mursyid.
"Sekiranya
kita mendapati suatu minuman ataupun makanan yang tidak mempunyai tanda
halal. Apakah ia confirm haram memandangkan kita ada pilihan (makanan) yang ada tanda halal?"
Apa komen Mursyid? silakan.
Jawapan:
Mursyid Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri:
Ok, terima kasih kepada yang bertanya dan juga sahabat-sahabat di ruangan ini. Yang pertama masalah tentang tanda halal dan haram ini.
Saya melihat dalam isu ini kepada dua. Semua (makanan) sudah dipetakan dan ditanda.
Maka, pada masa itu memang kita boleh bergantung.
Tapi
kadang-kadang, zaman kita atau masa kini masih ada lagi (makanan)
tidak pakai lagi (tanda halal), yang belum menyeluruh keseluruhannya.
Contohnya, kalau nasi lemak mana ada Mak Minah buat tu, buat roti canai, apa-apa (letak) tanda-tanda macam tu.
Yang
kedua, kita jangan terikut-ikut sangat ditempat kita ni. Dengan
erti kata, kita nak bawak keseluruh dunia logo halal JAKIM.
Maksud
saya, kalau kita pergi ke Saudi pergi buat haji tengok tak ada tanda
halal. Jadi tak boleh nak makan, kita ni. Orang lain kita tengok
lepas makan, makan, lepas makan, makan kita tak boleh. Nak tunggu halal juga. Jadi yang tu pun kena rai jugak.
Jadi dalam isu-isu seperti ini kita perlu tengok, kita bahagi kepada 2;
Kalau benda yang tidak membabitkan sembelihan atau proses yang tertentu.
Maka kita mengambil hukum ''asal kepada sesuatu perkara ialah harus ".
Air umpamanya. Jadi,apa -apa benda pun, benda yang haram seperti arak maka hukumnya adalah haram .
Soal dia ada tulis halal atau tidak itu soal lain. Saya ingat macam zaman dahulu, Saidina Umar dia cukup mudah dalam perlaksanaan.
Macam mana, Saidina Umar pernah suatu ketika dia lalu, tepi pintu atau kita kata tepi bangunan rumah orang.
Jadi, adalah orang curah air terkena pada Saidina Umar. Lalu orang yang duduk tepi tu pun bertanya, "eh, ni air apa ni "Saidina Umar kata ''jangan tanya". Jadi, disitu prinsipnya amat mudah. Tak payah tanya.
Tapi, kita pun fahamlah. Janganlah bau hancing ke ataupun benda tu sekadar semata-mata air.
Jadi
itu digambarkan, Islam diajar supaya jangan kita ni terlalu sampai
untuk nak tekun ni nak check satu- satu sampai kepada kecik-kecik
(perkara).
Kalau itu berlaku, maka kita menyebabkan memberatkan diri kita sendiri. Yang paling bahaya sekali, akan datang satu penyakit yang namanya was-was.
Jadi, bila was-was ni, Ya Allah, susah sangat. Jadi, jawaban yang tadi, kita tengoklah. Kalau air tu maksudnya, masih lagi macam biasa, tak
jadi masalah-lah. Melainkan kalau diragukan dan dibimbangi kot kot
kepada isu mabuk sebagainya. Maka, itu baru tak boleh.
Wallahu'alam .
NOTA:
1. Pada 4 haribulan Mac yang 2011, saya
kebetulan teronline Facebook dan terbaca satu status dari
DJ (Ustaz) Zamri radio IKIM (Kini sudah bersara daripada menjadi DJ Radio @IKIM.fm). Ustaz buka soalan di status Facebook, jadi saya pun mengambil kesempatan untuk bertanya dalam segmen Daurah di IKIM.fm bersama Tuan Guru Dr. Zulkifli al-Bakri.
2. Gaya bahasa juga dikekalkan didalam tulisan ini untuk pemahaman. Mohon tidak digunakan didalam subjek pembelajaran.
2. Gaya bahasa juga dikekalkan didalam tulisan ini untuk pemahaman. Mohon tidak digunakan didalam subjek pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan