Soalan:
Ustaz, kalau seseorang isteri tak setuju suaminya kahwin lain, sudah dikira berdosakah ?
Suami
saya berkata dia nak kahwin dengan orang yang ''ketiga'' tapi setelah
mendapat persetujuan saya. Jadi, saya tak izinkanlah.
Tapi
Suami saya ni selalu berhubung dengan orang yang ''ketiga'' tu hanya
melalui sms dan tak pernah jumpa bagi menjaga syariat.
Saya
jadi serba salah , saya memang tak suka dimadukan. Tapi saya jadi
sakita hati bila baca sms suami saya dan orang ''ketiga'' asyik berjanji
untuk berkahwin. Apa nasihat ustaz sebagai orang lelaki?
Jawaban:
Orang-orang yang selamat ialah orang-orang yang benar bertaqwa.
Hal yang demikian, jika suami memang mampu dari aspek zahir dan batin, silakan.
Tak apa, biarkan dia berkahwin lain. Itu hak dia.
Tapi
kalau suami anda tak mampu, batalkan sahaja niatnya untuk berkahwin
lain kerana perbuatan berhubung dengan perempuan yang bukan mahram
membawa ke arah maksiat.
Puan sebagai isteri mungkin kena koreksi diri, muhasabahkan diri mengapa suami mencari teman yang baru.
Sentiasalah berbaik sangka terhadap suami puan.
Terakhir, mintalah bantuan, mengadulah pada Yang Esa untuk petunjukNya.
Nota:
Soalan ini dijawab dengan bantuan Ustaz Abu Naufal BashaSunnahar bin Puasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan