Soalan:
Bahasa
arab ni bahasa syurga ke?
Jawapan:
Hadis
Pertama:
Daripada
Ibn Abbas R.anhuma:
أحبوا العرب لثلاث:لأني عربي، والقرآن عربي، وكلام أهل الجنة عربي
“Cintailah
bangsa arab kerana tiga perkara;
Iaitu
kerana aku berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa arab dan percakapan ahli
syurga adalah bahasa Arab.”
Hadis
ini dikeluarkan oleh at-Tabarani dalam al-Mu’jam
al-Kabir dan al-Awsat, al-Hakim
di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman, dan lain-lain.
Pada
silsilah sanadnya terdapat al-‘Ala’ bin ‘Amru al-Hanafi, Yahya bin Yazid, dan gurunya Ibn
Juraij yang riwayat yang mereka semua menerima krtikan ramai ahli hadis. Sanad hadith daripada Yahya bin Yazid (atau Buraid) al-Ash'ari statusnya lemah. al-'Ala pula matruk (perawi yang dituduh berdusta, memalsukan hadis dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan atau meriwayatkan hadis lemah daripada perawi thiqah.)
Ada
tiga hukum ulama terhadap hadis tersebut iaitu:
1. Ulama
yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan:
Antara
mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak,
diikuti oleh al-‘Iraqi di dalam Takhrij
Ihya’ ‘Ulumuddin, as-Suyuti dalam al-Jami’
as-Saghir, dan Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar
al-Marfu’ah. As-Silafi dan Az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (hasan li-ghairih[1])
2. Ulama
yang menyatakan ia hadis daif atau seumpamanya:
Antara
mereka; al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman,
al-Haithami dalam Majma’ az-Zawa’id,
as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah,
as-Suyuti dalam an-Nukat ‘ala al-Mawdu’at,
Ibn ‘Arraq al-Kinani dalam Tanzih as-Syari’ah,
al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ dan
lain-lain.
3. Ulama
yang menyatakan ia hadis yang sangat daif atau palsu:
Antara
mereka; Al-‘Uqaili dalam ad-Dhu’afa’,
as-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majumu’ah
dan lain-lain. Sheikh Nasiruddin Albani juga menghukumkannya sebagai hadis
palsu di dalam al-Silsilah al-Dhaifah
(bil. 160)
Pernah
ditanya kepada Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
“Dengan
bahasa apakah manusia bertutur pada hari kiamat? Apakah ALLAH SWT berbicara
dengan manusia dalam bahasa Arab? Apakah benar bahasa ahli neraka adalah bahasa
Parsi dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab?
Jawapan
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
“Segala
pujian bagi ALLAH, TUHAN sekalian alam. Tidak diketahui bahasa yang akan
dituturkan oleh manusia pada hari akhirat. Tidak diketahui juga manusia akan
dengar daripada percakapan ALLAH SWT (pada hari tersebut). Ini kerana, ALLAH
SWT dan Rasul-NYA tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatu pun tentang perkara
ini.
Tidak
sahih juga kononnya bahasa Parsi itu bahasa ahli neraka. Tidak sahih juga
bahasa Arab itu bahasa ahli syurga. Tidak juga kami ketahuinya adanya
perbahasan dalam kalangan sahabat tentang perkara ini. Bahkan, semua mereka
menahan diri daripada membicarakannya kerana ia termasuk perkara yang tidak
perlu…
Semua
pendapat ini tiada hujah sama ada dari sudut akal ataupun naqal. Bahkan ia
semata-mata dakwaan yang tiada dalil. Wallahu’alam wa ahkam.” (Majmu’ al-Fatwa 4/299)
Saya
cenderung kepada pendapat yang dikemukakan oleh Ustaz Khafidz Soroni, seorang
pensyarah di Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Selangor dan merupakan
Co-Editor di Institut Kajian Hadis Selangor, beliau mengatakan:
“Setelah
meneliti jalan-jalan riwayat hadis berkenaan, saya melihat pendapat kedua
adalah lebih sederhana yang menyatakan ia hadis dhaif, bukan sahih dan bukan
juga palsu.”
HADIS
KEDUA:
Daripada
Abu Hurairah r.anhu:
“Aku
ini berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab, dan percakapan ahli syurga
adalah berbahasa arab.”
Pada
sanadnya terdapat Abdul Aziz bin Imran dan Syibl bin al-‘Ala’ yang kedua-duanya
turut menerima krtikan ahli hadis.
HADIS
KETIGA:
Daripada
Anas Bin Malik r.anhu:
“Ahli
Syurga akan masuk ke syurga dengan ketinggian Adam 60 hasta ukuran hasta
malaikat, dengan kecantikan Yusuf, dengan usia Isa 33 tahun dan dengan lisan Muhammad Sollahu
‘Alaihi Wassalam (iaitu berbahasa Arab). Wajah mereka muda kacak, licin dan
bercelak.”
(Hadis
Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Kitab Sifat
al-Jannah. Sanad yang dhaif)
Banyak
hadis yang menunjukkan bahasa ahli syurga adalah bahasa arab, namun ia bukan
riwayat yang kuat untuk digunakan sebagai hujah.
Saya
pernah bertanya soalan ini kepada seorang panel di dalam Facebook Tanyalah
Ustaz, maka jawab mereka:
“TIADA
hadis dan dalil yang sohih mengatakan bahasa Arab adalah bahasa syurga. Kita
belajar dan cuba bertutur dalam bahasa Arab kerana itulah bahasa wahyu
diturunkan, dan bahasa Nabi yang kita cintai bertutur. Bahasa Arab yang betul
inilah syiar Islam.
(Offtopic
tapi berkaitan: Lelaki yang jatuh cinta dengan gadis bangsa lain akan berusaha
untuk belajar bahasa gadis tersebut. Maka kenapa tidak kita belajar bahasa
orang yang paling kita cinta, iaitu Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassallam.)”
Suka
saya menceritakan kisah yang dimuatkan oleh Imam Zarnuji di dalam kitabnya Taalim Muallim pada bab “Menghormati
guru, bagaimana diceritakan bahawa Khalifah Harun ar-Rashid telah menghantar
anaknya untuk belajar ilmu adab daripada seorang ulama.
Apabila
khalifah mengintai anaknya, anaknya sedang menjirus air ke kaki ulama dan ulama
tersebut menggosok kakinya. Khalifah marah dan segera bertanya, “Mengapa kamu
menyuruh anakku menjirus air untuk wuduk? Sepatutnya kamu menyuruh dia menjirus
air dengan sebelah tangan lagi dia gunakan untuk menggosok kakimu!”
Ya.
Ulama tersebut ialah Imam Asma’i, seorang pakar bahasa Arab yang terkenal. Maka
pasti ada hikmahnya peranan ilmu bahasa arab dalam mempengaruhi akhlak
seseorang.
Sulaiman
al’Amash merupakan guru kepada Waqi Bin
al-Jarrah (guru kepada Imam as-Shafie) ketika Waqi ini masih muda. Namun
sebelum Sulaiman al’Amash mengajar Waqi ilmu hadis, beliau terlebih dahulu
mengajar ilmu nahu kepda Waqi. Kisah ini dimuatkan di dalam Al-Jami’ Li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami’.
Menarik tentang bahasa arab ini, kajian internetworldstats.com
menunjukkan bahawa bahasa arab merupakan
bahasa kelima yang paling ramai dituturkan iaitu seramai 232 juta manusia dan
direkodkan sebagai 10 bahasa paling popular di dunia!
Wallahu’alam.
RUJUKAN:
[1]
Ustaz Mohamad Abdul Kader Bin Sahak (2013), Biar Tahu Jangan Keliru: Benarkah Bahasa Arab Bahasa Syurga? m/s 65-67, Karya Bestari Sdn Bhd:
Selangor Darul Ehsan.
[2]
Ustaz Khafidz Soroni (2014), Majalah Q&A Isu 25; Halaqah Hadis: Benarkah Bahasa Arab Bahasa Syurga? m/s
66-67, Galeri Ilmu Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan
[3]
Ustaz Umar Muhammad Nor (2013), Majalah Gen Q Isu 23; Strategi Belajar: Kunci Segala Ilmu. m/s 54-55, Telaga
Biru Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan.
[4]
Mohd Mutawwali Sya’rawi Mohamad al-Bakri (2014), Majalah Q&A Isu 25; Sudut Pandang: Bahasa Arab Mempengaruhi
Adab m/s 53-55, Galeri Ilmu Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan
[5] Muhammad Mustaqim Mohd Zarid (2011), Hadis-Hadis Palsu Dalam Mustadrak al-Hakim, Card Information Sdn Bhd: Universiti Sains Islam Malaysia
[1]
Hadis yang
dhaif secara ringan yang disokong oleh satu atau beberapa riwayat lain yang
juga bertaraf daif sepertinya ataupun bertaraf lebih kuat darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan