Soalan:
Bila saya nak buang air besar.. kadang-kadang saya terkeluar
air mani tanpa sengaja... saya ni lelaki.. normal ke tu? Lagi satu, saya kena
mandi wajib ke?
Jawaban:
DEFINISI:
Air wadi ialah air yang berwarna putih, keruh, kental dan tidak berbau yang
keluar (dari kemaluan) setelah buang air kecil atau membawa barang yang berat.[1]. Perkara yang membezakan air mani dengan air wadi adalah dari sudut bau dan keluarnya air wadi dalam bentuk satu atau dua titis sahaja.[2]
Selain itu, air mani keluar dalam keadaan memancut
disebabkan syahwat, merasa lega setelah keluar dan menyebabkan anggota menjadi
lemah.
KETERANGAN:
Adat jika keluar air selepas air kencing atau buang air besar maka itu adalah
air wadi.
Hukumnya adalah najis (mutawassitah) kerana ia keluar selepas daripada kencing.[3]
Wuduk menjadi terbatal dengan sebab keluar sesuatu daripada dua jalan qubul dan
dubur melainkan mani. [4].
Dalam hal ini keluarnya air wadi menyebabkan seseorang yang berwuduk kembali
berhadas kecil kerana wuduk telah terbatal dengan sebab keluar air wadi.
TAMBAHAN:
1. Jika seseorang yang beronani sambil membuang air besar lantas keluar air mani
maka dirinya perlu melaksanakan mandi wajib.
2. Jika seseorang keluar lebihan air mani setelah mandi wajib, maka ia hanya membatalkan wuduk.[5]
3. Jika seseorang yang mengalami masalah sentiasa keluar air mani, maka dia wajib
untuk mandi wajib setiap kali hendak mengerjakan solat fardhu.[6]
KESIMPULAN:
Air wadi keluar ketika kencing atau mengangkat benda yang berat. Air wadi
bersifat keruh, kental dan tidak berbau. Keluar air wadi membatalkan wuduk dan
tidak perlu mandi wajib kerana ia bukan air mani.
Allahu'alam
[1] Muhadir Haji Joll (2015), Syarah Safinah an-Naja, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd hal. 39
[2] Zulkifli Mohamad al-Bakri (Dr)(2014), Tanyalah Islam Menjawab, Negeri Sembilan: Pusataka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. 2/113
[3] Said Ibrahim (1999), Fiqh Mazhab Syafi'i, Kuala Lumpur:Darul Ma'rifah, 1/142
[4] Salim bin Sumair (2014), Safinah Naja, Kelantan: Jabal Maraqy Sdn. Bhd.hal. 4
[2] Zulkifli Mohamad al-Bakri (Dr)(2014), Tanyalah Islam Menjawab, Negeri Sembilan: Pusataka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. 2/113
[3] Said Ibrahim (1999), Fiqh Mazhab Syafi'i, Kuala Lumpur:Darul Ma'rifah, 1/142
[4] Salim bin Sumair (2014), Safinah Naja, Kelantan: Jabal Maraqy Sdn. Bhd.hal. 4
[6] Fuad Ismail, Rohidzir Rais, Mohd. Wahid Abdul Hanif (2011), Ensiklopedia Solat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd hal. 458
Tiada ulasan:
Catat Ulasan