Soalan:
Kalau kita solat sunat, kita kena baca doa iftitah ke tak?
Jawapan:
Sekiranya kita berpegang kepada pendapat yang mengatakan doa iftitah adalah wajib maka wajiblah dibaca ketika solat. Menurut Dr.Aidh Al-Qarni, "Ada ulama yang berpendapat (membaca doa iftitah) ialah wajib. Akan tetapi yang benar ianya adalah sunnah." [1]
Adalah disunatkan membaca doa iftitah hanya pada rakaat pertama (tidak boleh membaca doa iftitah pada rakaat yang lain)[2] didalam solat fardhu ataupun solat sunat.[3]
[1]Dr.Aidh al-Qarni. صلوا كما رايتوموني أصلي
[2]Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abdul Hanif. Ensiklopedia Solat m/s 115
[3]Dr.Aidh al-Qarni. صلوا كما رايتوموني أصلي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan