Soalan:
Umat
Islam menyembah Allah atau menyembah Kaabah? Bagaimanakah kita mahu berhadapan
dengan non-muslim yang bertanya soalan sebegini?
Jawapan:
Kaabah adalah kiblat
dan bukannya Tuhan. Kita menyembah Allah dan bukan menyembah Kaabah. Tidak
seperti berhala, kita perlu berhadapan dengan berhala jika mahu menyembahnya.
Tetapi tidak Kaabah, tidak semestinya kita perlu berhadapan dengan Kaabah baru
boleh melaksanakan tuntutan solat. Tanpa berhadapan dengan Kaabah pun kita
masih boleh bersolat.
Sesiapa yang menyembah Kaabah, maka menurut Professor Dr.
Hamka di dalam Kristianisasi dan Sekularisasi, dia telah kafir mengikut hukum
Islam.
Apakah hujah bagi
mematahkan kenyataan bahawa umat Islam menyembah Kaabah:
1.
Menghadapkan diri ke arah Masjid
al-Haram merupakan satu perintah Allah.
“…Palingkanlah mukamu
ke arah Masjid al-Haram…” (Surah al-Baqarah ayat 144)
Kaabah berada di dalam
Masjid al-Haram. Maka kita menghadapkan diri ke arah Kaabah. Seandainya Kaabah
dipindahkan atau dibawa lari ke tempat yang lain selain dari Masjid al-Haram,
misalnya di Malaysia. Umat Islam tetap menghadapkan diri mereka ke Masjid
al-Haram bukan tempat terletaknya Kaabah.
2.
Umar melihat Nabi S.A.W mencium Hajar
Aswad.
Umar al-Khattab
berkata:
“Saya tahu bahawa kamu itu batu dan tidak akan membawa kebaikan mahupun kedurjanaan. Jika saya tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W menyentuh dan mencium kamu, maka saya juga tidak akan menyentuh dan mencium kamu.” Boleh lihat riwayat ini di dalam Sahih Bukhari di dalam bab Haji.
“Saya tahu bahawa kamu itu batu dan tidak akan membawa kebaikan mahupun kedurjanaan. Jika saya tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W menyentuh dan mencium kamu, maka saya juga tidak akan menyentuh dan mencium kamu.” Boleh lihat riwayat ini di dalam Sahih Bukhari di dalam bab Haji.
Apa yang hendak
disampaikan ialah, jika Nabi tidak menyuruh umat Islam berkiblatkan Kaabah,
maka umat Islam tidak akan berkiblatkan Kaabah.
3.
Tawaf Kaabah sebagai simbolik Tuhan itu
Esa.
Menurut Dr.Zakir Naik,
perlakuan tawaf merupakan simbol kepercayaan dan menyembah Tuhan yang Esa. Setiap
bulatan mengelilingi Kaabah mempunyai satu pusat. Oleh itu umat Islam hanya
mensatukan Tuhan, iaitu Allah yang Maha Esa.
4.
Kita tengok televisyen atau menonton
rancangan di dalam televisyen?
Hakikatnya kita
menonton rancangan di dalam televisyen tersebut. Walaupun kita mengatakan kita
menonton televisyen. Apa yang ada di sebalik televisyen? Cuma wayar. Kita
mengatakan kita menonton rancangan wrestling,
namun kita tidak akan mendapat The Rock jika kita melihat di dalam televisyen.
Namun kita akan mendapati The Rock di dalam rancangan Televisyen tersebut.
Maka begitulah Kaabah.
Kita sembah Allah namun simbolik kita sembah Allah ialah dengan kita
menghadapkan diri kita kepada Kaabah.
5.
Kaabah sebagai simbolik kesatuan umat.
Jika arah kiblat solat
tidak ditentukan, maka akan terjadi kacau bilau. Nanti seorang akan menghadap
timur, seorang akan menghadap barat, selatan dan sebagainya. Maka bagi
mengelakkan keadaan sedemikan, maka diwajibkan untuk menghadap satu kiblat yang
sama iaitu Kaabah. Sedangkan Kaabah itu “مَثَابَةً۬” iaitu tempat tumpuan
bagi umat manusia, seperti yang diterangkan di dalam surah al-Baqarah ayat 125.
Tidak seperti gereja
besar. Tak semua Kristian berkumpul di situ. Berbeza sungguh dengan Kaabah yang
senantiasa dikunjungi oleh semua jenis orang Islam dari seluruh negara.
6.
Keadaan kiblat jika berada di suatu
tempat yang tidak diketahui arah kiblat.
Firman Allah di dalam
surah al-Baqarah ayat 115, “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke
mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas
(rahmatNya) lagi Maha Mengetahui.”
Di sini menjadi dalil
bahawa sekiranya umat Islam berada dalam suatu tempat yang tidak diketahui arah
kiblat, mereka diizinkan melakukan solat dengan menghadap ke arah mana sahaja
mengikut keyakinannya.
7.
Robohnya Kaabah.
Kaabah pernah beberapa
kali dirobohkan. Misalnya, dizaman Bani Umayyah, dalam usaha untuk menawan
semula Kota Makkah dari pemerintahan Abdullah Bin Zubair, Hajjaj Ibn Yusuf
al-Thaqafi telah melontar peluru batu terhadap Kaabah sehingga keadaan Kaabah
rosak teruk. Kaabah terpaksa diperbaiki semula mengambil masa berbulan-bulan
lamanya (Bahkan, runtuh bina runtuh Kaabah dijadikan permainan para Khalifah
terkemudian. Imam Malik mengeluarkan fatwa bahawa jangan jadikan runtuh dan
membina Kaabah ini sebagai permainan para Khalifah.[3]) Namun tidak pernah umat Islam berhenti bersolat kerana tidak
ada “sembahan” untuk disembah. Ini adalah kerana umat Islam menyembah Allah
yang tidak pernah runtuh atau rosak!
Dalam hadis riwayat
Ahmad sendiri disebutkan bahawa satu hari nanti umat Islam akan kehilangan
Kaabah kerana Kaabah akan diruntuhkan oleh kaum Euthophia.[4] Maka kepada siapa yang akan umat Islam sembah selepas
kehilangan Kaabah? Allah!
8.
Sejadah gambar Kaabah.
Cuba tanyakan kepada
mereka yang bertanya, beranikah mereka memijak gambar berhala mereka? Lihat
sahaja sejadah yang umat Islam gunakan untuk menunaikan solat terpampang gambar
Kaabah namun mereka tidak ada masalah untuk memijak gambar Kaabah tersebut.
Bahkan dipijaknya setiap hari malah 5 kali sehari. Ini bertentangan sekali
dengan golongan penyembah berhala yang sama sekali tidak berani untuk memijak
gambar berhala mereka kerana itu merupakan bahan sembahan mereka.
9.
Melaungkan azan , Mendirikan solat dan
Menggantikan kiswah di atas Kaabah.
Bilal Bin Rabbah pada
zaman Rasulullah akan berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan azan. Begitu juga
ada hukum bersolat di dalam Kaabah bahkan ada ulama yang menyatakan bahawa sah
solat seseorang di atas Kaabah[5]
bersandarkan kepada hadis yang membenarkan solat di dalam Kaabah. Walaupun ada
larangan untuk bersolat di atas Kaabah namun hukumnya menurut ulama bukan haram
tetapi makruh.[6]
Kalau benar orang
Islam menyembah Kaabah, kenapa pula penyembah berhala yang berdiri di atas
berhala yang disembah? Kalau pijak gambar berhala pun sudah mendatangkan
penghinaan terhadap berhala apatah lagi memijak berhala itu?
Bilal Bin Rabbah
berdiri di atas Kaabah namun tidak ada teguran ataupun larangan daripada
Rasulullah pun bahawa itu menghina Tuhan ‘sembahan’ Umat Islam. Tidak ada!
Sekiranya Kaabah merupakan Tuhan yang disembah umat Islam, sudah pasti sahabat
tidak sanggup menaiki dan berdiri di atas Kaabah.
Kalau kita lihat
sehingga hari ini, proses menggantikan
kiswah (kelambu) Kaabah masih diteruskan. Kalau diperhatikan, proses
tersebut turut perlu diuruskan dengan cara menaiki serta berdiri di atas Kaabah
ketika menggantikan kelambu tersebut.
10.
Keadaan berdiri bila berada di atas
kapal terbang yang lalu di atas Kaabah.
Jika kita menyembah
Kaabah, bermakna apabila kita berada di atas kapal terbang yang lalu di atas
Kaabah, adakah kita perlu meniarap? Muka kita menghadap lantai kerana kita mahu
menghadap sembahan! Ataupun kita berdiri ala-ala Micheal Jackson, condong ke
hadapan jika kita berada di atas awan untuk menghadap Kaabah yang berada
dibawah. Begitu juga keadaannya jika kita berada didasar laut dan (jika)
kebetulan kita berada di betul-betul di bawah Kaabah, kita tidak akan
menelentang kerana kita mahu menghadap sembahan![7]
11.
Kita meminta kepada siapa?
Kalau betul kita
menyembah Kaabah, mengapa kita tidak meminta kepada Kaabah didalam doa kita? tetapi kita meminta
kepada Allah bukan Kaabah.[8]
Rujukan:
[1] Dr.Zakir Abdul
Karim Naik. Jawapan Kepada Pertanyaan
Bukan Islam Tentang Islam (Answer to
Non-Muslim Common Question About Islam). 2013. Perniagaan Jahabersa. Johor
Darul Ta’zim.
[2] Lim Jooi Soon.
Majalah Iman Isu 5; Da’i: Umat Islam
Sembah Kaabah? 2012. Utusan Karya Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
[3]
Suntingan daripada kuliah Ustaz AbuNaufal Bashasunnahar Bin Puasa. http://abuqawliy18.blogspot.com/2011/11/sedikit-mengenai-kaabah.html
[4] Sheikh Ahmad Fahmi
Zam-Zam. Kiamat Hampir Tiba. m/s 118
[5] Ustaz Hasnil Abu
Bakar. Majalah Q&A jilid 20; Sahkah
Solat di Atas Kaabah? 2013. Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
[6] Dr.Zaharuddin Abdul
Rahman. Formula Solat Sempurna Edisi Kemas Kini. 2012. Telaga Biru Sdn
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
[7] Suntingan daripada
kuliah Ustaz Farid Ravi
[8] Faisal Abdul
Rahman. Tuhan Untuk Semua. PTS
Publication
Tiada ulasan:
Catat Ulasan