AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Rabu, 13 November 2013

Hukum Melihat Perkara Lucah Ketika Berpuasa

SOALAN:

Saya terlihat sesuatu perkara lucah di televisyen dan sampai sekarang saya tidak mengqada puasa saya yang terbatal itu. Mohon penjelasan.

JAWABAN:

Berkata Sayyid Muhammad Amin bin Idrus dalam Marhaban Ya Ramadhan,

"Termasuk dari tipu daya syaitan adalah melihat gambar atau film porno, baik dari majalah, televisyen, video, VCD, internet dan media lainnya. "[1]

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi menyatakan bahawa[2]:

"Umat Islam, sama ada berpuasa atau tidak, hendaklah sentiasa takut kepada Allah. Dia perlu mengelakkan diri daripada perbuatan yang dilarang oleh agama seperti menonton filem lucah sama ada gambar bogel, separuh bogel, program yang terkutuk atau apa-apa sahaja yang disiarkan..."

Hukum melihat perkara lucah secara tidak sengaja adalah dimaafkan.

Adapun hukum melihat perkara lucah tidaklah membatalkan puasa kerana perbuatan itu seumpama mimpi.[3]

Perkara yang memusnahkan pahala puasa dipanggil sebagai محبطات muhbithat. Antara perkara yang memusnahkan pahala puasa adalah melihat sesuatu yang haram atau sesuatu yang halal dengan rasa syahwat iaitu mengambil kelazatan dengan penglihatan.[4]

Sabda Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam:

خَمْسٌ يُفْطِرْنَ الصَّائِمَ الكَذِبُ وَالْغِيْبَةُ وَالنَّمِيْمَةُ وَالْيَمِيْنُ الْكاَذِبَةُ وَالنَّظَرُ بِشَهْوَةٍ

“Lima perkara yang membatalkan (pahala) orang yang berpuasa; dusta, ghibah, adu domba, sumpah palsu dan melihat dengan syahwat."

(Hadis Riwayat Imam ad-Dailami)


SOALAN:

Assalamualaikum boleh saya nak tanya? Saya agak kurang faham yang atas tu. Jadi kiranya melihatnya dengan sengaja/tak sengaja puasa tidak batal lah ye? Ke macam mana? Atau batal? Ataupun ia akan batal apabila kita melihatnya sambil onani? Mohon penjelasan.

JAWABAN:

Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas soalan yang baik. Maafkan saya atas kelemahan yang telah saya zahirkan.

Orang yang melakukan onani untuk tujuan melepaskan syahwatnya ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibenarkan oleh agama.[5] Menurut sebuah dapatan, onani akan menyebabkan implikasi mati pucuk dan cepat klimaks.[6] Risau kita lebih gemar untuk beronani berbanding mendapat pahala menggauli pasangan. Ada pendapat yang mengaitkan onani dengan penyakit seumpama buta, gangguan saraf, mudah lupa dan seumpamanya, namun pakar-pakar perubatan menolak pandangan-pandagan ini. Walau bagaimanapun, Islam tidak hanya melihat pada sudut fizikal tetapi turut memandang aspek spiritual.[7]

Berkenaan dengan melihat perkara lucah pula, kajian pakar Psikologi dari Amerika menyatakan bahawa, orang yang teransang melihat iklan lucah boleh menyebabkan buta dalam beberapa saat dan itu boleh menyebabkan kemalangan berlaku.[8]

Dalam mazhab Syafi'i, seseorang yang mengeluarkan mani dengan sengaja sama ada menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri adalah membatalkan puasa. Manakala perbuatan onani tanpa keluarnya mani TIDAK membatalkan puasa akan tetapi perbuatan tersebut adalah berdosa.[9] Onani adalah perbuatan yang berdosa walau dilakukan diluar bulan Ramadan.

Perbuatan melihat video lucah juga TIDAK membatalkan puasa, akan tetapi perbuatan tersebut boleh membatalkan PAHALA puasa.


SOALAN:

Kalau dia tengok video lucah dengan sengaja tanpa beronani dan keluar air mazi. Selepas itu, dia terus mandi wajib ketika puasa. Adakah itu batal?

JAWABAN:

Mengeluarkan mazi sama ada sengaja atau tidak sengaja TIDAK membatalkan puasa menurut dalam mazhab Imam asy-Syafi'i. 

Jika sudah keluar air mazi, saudara/ saudari tidak perlu mandi wajib.[10] Air mazi ialah air yang putih lagi nipis yang keluar dari kemaluan bukan dengan sebab syahwat yang kuat.[11] Apa yang perlu dilakukan oleh saudara/saudari adalah membasuh kemaluan tersebut kerana air mazi adalah najis mutawassitah.[12] 

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali RadiyAllahu 'anhu:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً وَكُنْتُ اسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لِمَكَانِ ابْنَتِهِ
 فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ. فَسَأَلَهُ فَقَالَ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ، وَيَتَوَضَّأُ

"Adalah aku seorang lelaki yang sering keluar mazi, maka aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam, lalu aku suruh Miqdad bin Aswad menanyakan kepada Baginda. Maka Miqdad pun menanyakannya. Lalu Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk."
(Hadis Riwayat Muslim)


Adapun jika keluar mani semasa menonton video lucah tanpa melakukan onani adalah tidak membatalkan puasa menurut mazhab Syafi'i dikiaskan kepada mimpi. Jika keluar mani disebabkan mimpi adalah tidak membatalkan puasa. Begitu juga dengan khayal akan tetapi perbuatan berkhayal perkara yang tidak elok adalah berdosa.

Setelah puasanya terbuka disebabkan bukan keuzuran syarak seperti keluar mani akibat onani, maka dia wajib juga imsak menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dalam bulan Ramadan.


KESIMPULAN:

1. Perkara lucah adalah melibatkan nikmat mata yang disalah gunakan. Akses kepada bahan lucah ini seperti di majalah, televisyen dan internet. Jika melihat dengan sengaja BERDOSA dan tidak membatalkan puasa tetapi mengurangkan pahala puasa. Adapun jika tidak sengaja maka dimaafkan.

2. Dalam mazhab Syafi'i, jika seseorang mengeluarkan air mani dengan sengaja maka membatalkan puasa. Sama ada mengeluarkan mani menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri.

3. Perbuatan onani pula tidak membatalkan puasa melainkan jika setelah keluarnya mani. Namun begitu, dosa itu sudah dikira sewaktu dia mula-mula melakukan onani pada waktu tersebut.

4. Keluar air mani menyebabkan perlu mandi wajib. Adapun jika keluar air mazi,  tidak akan membatalkan puasa walau mengluarkan air mazi secara sengaja. Keluar air mazi tidak mewajibkan mandi. Namun, wajib bagi dirinya membersihkan kemaluan kerana air mazi adalah najis.

5. Orang yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa setelah puasanya terbatal. Berdosa jika dia melakukan perkara yang membatalkan puasa walau dia telah terbatal puasa dalam bulan ramadan.

Bulan puasa boleh latih diri dari melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Baca kisah keinsafan seperti kisah yang berlaku kepada Tha'labah bin Abdul Rahman seperti yang dimuatkan didalam kitab Mukhtasar Kitab at-Tawwabin. Tha'labah malu bertemu Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam hanya kerana beliau terlihat aurat perempuan walau tak sengaja. Jom kita bertaubat.

Kami tutup perbincangan ini dengan sepotong nasihat dari Imam al-Ghazzali (w. 505H) didalam Bidayatul Hidayah:


"Kamu tidak akan mampu menjaga kemaluanmu melainkan dengan menjaga mata daripada pandangan yang haram, menjaga hati daripada berfikir yang tidak baik dan menjaga perut daripada perkara syubhat dan kenyang kerana semua ini ialah penggerak dan penyubur syahwat.[13]

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Muhammad Amin bin Idrus (____), Marhaban Ya Ramadan, Rabitah An-Nur Resources, hal. 71
[2] Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin, Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz. Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi: Melakukan Perkara Sia-Sia
[3] Ahmad Adnan Fadzil (2013), A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya., Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. hal. 58
[4] Habib Hasan bin Ahmad, Fiqh Puasa Kupasan Menurut Mazhab Syafi'e, Selangor: Sunan Publsihing Sdn. Bhd. hal. 45-47
[5] al-Qaradhawi; Yusuf bin Abdullah (2014), Halal Dan Haram Dalam Islam, Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. hal. 305-306
[6] Ismail Tambi (Dr) (2008), Terapi Perkahwinan, Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd. hal. 39
[7] Danial Zainal Abidin (Dr) (2016), Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden, Selangor: Publishing House Sdn. Bhd. Hal. 217-218
[8] Danial Zainal Abidin (Dr) (2010), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd. hal. 144
[9] https://www.youtube.com/watch?v=PbMV2bp92Ag
[10] https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2613-al-kafi-813-hukum-duduk-di-atas-katil-yang-terdapat-air-mazi
[11] Said bin Ibrahim (1999), Fiqh Mazhab Syafi'i, Kuala Lumpur: Darul Ma'rifah. 1/141
[12] Muhadir Haji Joll (2018), Misbahud Duja Syarah Safinah an-Naja, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hal. 202
[13] al-Ghazzali; Muhammad bin Muhammad (2017), Bidayatul Hidayah, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. hal. 100



24 ulasan:

  1. Assalamualaikum boleh saya nak tanya? Saya agak kurang faham yang atas tu. Jadi kiranya melihatnya dengan sengaja/tak sengaja puasa tidak batal lah ye? Ke macam mana? Atau batal? Ataupun ia akan batal apabila kita melihatnya sambil onani? Mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. melihat sambil beronani adalah batalkan puasa..

      Padam
    2. 1. Melihat dengan sengaja hukumnya berdosa. Adapun melihat video lucah dengan sebab tak sengaja hukumnya tidak berdosa.

      2. Melihat video lucah tidak membatalkan puasa, akan tetapi dapat membatalkan PAHALA puasa. Pahala boleh berkurang dengan sebab ini.

      3. Dalam mazhab Syafi'i, jika keluar mani dengan sengaja membatalkan puasa. Sama ada mengeluarkan mani menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri.

      4. Onani tidak membatalkan puasa melainkan jika setelah keluar mani. Tetapi berdosa start dari dia mulakan onani.

      5. Adapun jika keluar mazi, juga tidak membatalkan puasa.

      Allahu'alam.

      Padam
  2. Batal ke tak puasa jika kite melihat cerita lucah...?

    BalasPadam
  3. Maknanya tonton video lucah tidak membatalkan puasa kecuali jika sambil beronani la ye??

    BalasPadam
  4. Kalau dia tengok video lucah dengan sengaja tanpa beronani dan keluar air mazi.Selepas itu,dia terus mandi wajib ketika puasa.Adakah itu batal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batal. Kalau keluar air mazi tu dh batal dh

      Padam
    2. Air maz
      i tidak batal puasa, air mani batal puasa

      Padam
    3. Batal atau tidak jika terkeluar air mazi ?

      Padam
    4. 1. Melihat dengan sengaja hukumnya berdosa. Adapun melihat video lucah dengan sebab tak sengaja hukumnya tidak berdosa.

      2. Melihat video lucah tidak membatalkan puasa, akan tetapi dapat membatalkan PAHALA puasa. Pahala boleh berkurang dengan sebab ini.

      3. Dalam mazhab Syafi'i, jika keluar mani dengan sengaja membatalkan puasa. Sama ada mengeluarkan mani menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri.

      4. Onani tidak membatalkan puasa melainkan jika setelah keluar mani. Tetapi berdosa start dari dia mulakan onani.

      5. Adapun jika keluar mazi, juga tidak membatalkan puasa walau sengaja. Keluar air mazi tidak mewajibkan mandi. Wajib bersihkan kemaluan sahaja kerana air mazi adalah najis.

      6. Keluar mani mewajibkan mandi. Jika dia mengeluarkan mani maka batal puasanya.

      7. Orang yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa setelah puasanya terbatal. Berdosa jika dia melakukan perkara yang membatalkan puasa walau dia telah terbatal puasa dalam bulan ramadan.

      Allahu'alam.

      Padam
  5. Udah2 la tu.. Tahan je la nk tgok citer blue je

    BalasPadam
  6. Batalkah puasa apabila kita melihat video luncah tiba2 air mani terkeluar

    BalasPadam
  7. kita tngok video lucah dlm puasa pastu keluar air mani setelah saya tngok web ni baru saya tahu,adakah puasa kita selama ini adalah batal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Melihat dengan sengaja hukumnya berdosa. Adapun melihat video lucah dengan sebab tak sengaja hukumnya tidak berdosa.

      2. Melihat video lucah tidak membatalkan puasa, akan tetapi dapat membatalkan PAHALA puasa. Pahala boleh berkurang dengan sebab ini.

      3. Dalam mazhab Syafi'i, jika keluar mani dengan sengaja membatalkan puasa. Sama ada mengeluarkan mani menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri.

      4. Onani tidak membatalkan puasa melainkan jika setelah keluar mani. Tetapi berdosa start dari dia mulakan onani.

      5. Adapun jika keluar mazi, juga tidak membatalkan puasa walau sengaja. Keluar air mazi tidak mewajibkan mandi. Wajib bersihkan kemaluan sahaja kerana air mazi adalah najis.

      6. Keluar mani mewajibkan mandi. Jika dia mengeluarkan mani maka batal puasanya.

      7. Orang yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa setelah puasanya terbatal. Berdosa jika dia melakukan perkara yang membatalkan puasa walau dia telah terbatal puasa dalam bulan ramadan.

      8. Bulan puasa boleh latih diri dari melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Baca kisah keinsafan seperti kisah yang berlaku kepada Tha'labah bin Abdul Rahman. Beliau malu bertemu Nabi hanya kerana terlihat aurat perempuan walau tak sengaja. Jom kita bertaubat.

      Allahu'alam

      Padam
  8. Senang cerita kita sebagai umat islam jangan tonton atau melihat pon bahan² lucah ni..Allah SWT sentiasa melihat..bahan² lucah ni memang ujian paling berat buat kita kaum adam.

    BalasPadam
  9. Salam tuan. Maaf bertanya. Jika tonton video lucah kemudian air mani keluar tanpa rangsangan tangan. Adakah itu dikira sebagai onani?

    BalasPadam
  10. I dream ibnu arasy at Arasy Allah S.W.T. Almighty in Ramadan Of Month 2022.

    BalasPadam

    BalasPadam