Soalan:
Nak tanya. Gelang ni haram ke untuk lelaki?
Jawaban:
Memakai gelang adalah perhiasan orang perempuan. Ini dijelaskan oleh pengarang kitab Fiqh Manhaji.
Menurut pengarang lagi:
"Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah HARAM."[1]
Bagaimana pula jika ia merupakan gelang kesihatan?
Boleh jika:
i) Bertujuan perubatan
ii) Tidak niat berhias
ii) Tidak menyerupai gelang perhiasan
"Jika gelang yang kebiasaan dipakai orang ramai, hukumnya adalah HARAM kerana bentuknya adalah jelas sebagai satu perhiasan."[2]
Allahu'alam.
RUJUKAN:
[1] Mustafa al-Khin (Dr.), Mustafa al-Bugha (Dr.), 'Ali al-Syarbaji (2011), Manhaj Fiqh 'ala Mazhab Imam al-Syafi'i Jilid III, Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan hlm. 355 dan 356
[2] Ustaz Azhar Idrus (2011), Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd hlm. 145
Tiada ulasan:
Catat Ulasan