Soalan:
Tiap kali bincang hukum Allah.. Orang kata kita ni PAS.. Ni bukan hukum PAS yang reka.. Rasa Akh pun jelas tentang isu ini.
Jawaban:
New York merupakan kota sebesar 305 batu persegi.[1] Namun, tahukah anda, 24 jam jenayah di New York adalah bersamaan 10 tahun jenayah yang berlaku di Arab Saudi?[2] Mengapa ini boleh terjadi?
Amerika adalah negara yang termaju. Tetapi adakah anda tahu bahawa laporan FBI telah dibuat berkaitan kes jenayah rogol. Menurut laporan FBI pada tahun 1990, terdapat 102 555 kes rogol yang telah dilaporkan. Hanya 16% daripada kes rogol yang telah dilaporkan.[3] Mungkin ada yang mengatakan, "oh itu negara barat, Malaysia lain!" Menjawab soalan baik ini, saya ambil statistik kes rogol yang didaftarkan yang mempunyai kedudukan yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain iaitu di negeri Selangor[4]:
Tahun 2000- 216 kes
Tahun 2001- 269 kes
Tahun 2002- 253 kes
Tahun 2003- 280 kes
Tahun 2004- 294 kes
Tahun 2005- 368 kes
Tahun 2006- 421 kes
Tahun 2007- 302 kes
Bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan? Ya, ini hanya statistik kes yang telah dilaporkan. Saya tanya semula, bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan? Ini semua contoh jenayah yang berlaku. Persoalannya, apa penyelesaiannya?

HUDUD
Apabila ada orang Islam yang hendak memperjuangkan hukum Allah, maka ada juga yang menentang. Itulah sunnatullah perjuangan. Boleh lihat didalam surah al-Anfal pada ayat yang ke 30. Namun yang lebih menyedihkan, perjuangan hendak melaksanakan hukum tersebut ditentang oleh orang Islam sendiri. Umpama kapak yang mengapak pokok kayu untuk dibuat hulu kapak. Sadis.
Baik, kita pergi kepada tafsiran hudud. Hudud (حدود)atau kata mufrad (kata nama yang menunjukkan tunggal) nya 'Had' (حد) bererti pencegahan. Para fuqaha mendefinisikan hudud sebagai keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan mencapai hak Allah. Dato Ismail Kamus menjelaskan takrifan hudud sebagai hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syarat-syarat yang tertentu menurut al-Quran dan al-Sunah.[5]
Daripada istilah hudud ini, dapat difahami bahawa hudud memiliki dua ciri penting[6]:
i) Keseksaan yang berbentuk rigid, tidak berubah dan tidak boleh diubah oleh Hakim atau pemerintah.
ii) Tujuan menjamin hak-hak Allah.
Sesuai dengan tafsiran undang-undang syariah itu sendiri, undang-undang syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang tidak berubah mengikut masa dan keadaan. Ia lengkap dan menjadi panduan kepada manusia.[7]
Saya teringat di dalam kuliah pertama guru saya: Ustaz Zulqarnain Zainuddin -Semoga Allah merahmatinya-. Beliau mengajar subjek Undang-Undang Pentadbiran Orang Islam. Didalam kuliah tersebut, beliau berpesan supaya talifon bimbit kami TIDAK dimatikan dan TIDAK perlu dibuat didalam 'mode' senyap. Saya dan rakan berpandangan sesama sendiri, keliru.
Alasan beliau supaya jikalau ada panggilan kecemasan, kami dapat menjawab panggilan tersebut berbanding jika talifon bimbit dibuat secara 'mode' senyap. Pertemuan akhir ketika didalam kuliah pertama bersama beliau, beliau telah menyatakan rasional disebalik larangan membuat talifon bimbit BUKAN didalam 'mode' senyap. Perbuatan kami sebenarnya bertujuan memudahkan dirinya sendiri. Apabila talifon bimbit dibuat TIDAK secara 'mode' senyap tahulah bahawa kami sedang bermain talifon didalam kelasnya. Ya. Peraturan manusia yang dibuat manusia nampak macam memudahkan orang lain tetapi sebenarnya memudahkan dirinya sendiri.
Hudud adalah hak Allah. Kalian boleh rujuk sendiri didalam al-Quran, apabila Allah berfirman mengenai hudud, Allah akan idhafat (dua kata nama yang digabungkan) kalimah hudud kepada Allah. Menurut enjin carian Quran.com, ada beberapa ayat yang menyebut perkataan hudud.[8] Kesemua kalimah hudud tersebut Allah idhafatkan kepada Allah. Misalnya surah al-Baqarah 2:187, surah al-Baqarah 2:229, surah al-Baqarah 2:230, surah an-Nisa' 4:13, surah al-Mujadilah 58:4 dan surah al-Talaq 65:1.
KESALAHAN HUDUD
Ada tujuh kesalahan hudud[9]:
1) Zina
2) Qazaf
3) Meminum arak
4) Mencuri
5) Menyamun
6) Memberontak
7) Murtad
Kesimpulannya, laksanakanlah hudud kerana hudud adalah milik Allah bukannya milik seorang insan. Berusahalah untuk membantu agar hudud dapat dilaksanakan. Hudud bukan milik satu-satu parti, bukan milik mana-mana individiu tetapi hudud adalah milik Allah. Tidak usah bertelingkah sama ada hudud dapat dan sesuai dilaksanakan di Negara ini atau tidak, namun berbincanglah agar bagaimana cara hudud dapat diaplikasikan didalam perundangan Negara. Kadangkala kita terlalu asyik hendak memperjuangkan hukum syariah namun kita terlupa menerangkan aplikasi hukum syariah itu sendiri dalam kehidupan seharian. Kalian ingat mudah kah untuk hukuman hudud dijatuhkan? Perlu dilihat nilai curian misalinya, sangkaan, dan lain-lain. Banyak perkara yang perlu dilihat sebelum hukuman hudud dijatuhkan. Tetapi manusia tak faham, manusia bermusuh kepada apa yang dia tidak tahu.
Soalan yang perlu kepada penelitian:
1) Adakah cukup sebagai seorang Islam hanya memperjuangkan hukum hudud?
2) Adakah hukuman hudud dikenakan keatas orang Islam sahaja? Bagaimana dengan bukan Islam?
3) Jika pelaku kesalahan hudud bertaubat adakah gugur hukuman hudud ke atas dirinya?
4) Tanggungjawab siapakah hukuman ini? rakyat atau pemerintah?
5) Bolehkah hukuman hudud ini ditangguhkan jika telah sabit kesalahan yang dilakukan?
6) Apakah dia hukuman hudud yang dikenakan ke atas kesalahan hudud?
7) Benarkah hukuman hudud ini adalah hukuman yang keras? Ataupun ia hanya sekadar dakwaan semata-mata?
6) Apakah dia hukuman hudud yang dikenakan ke atas kesalahan hudud?
7) Benarkah hukuman hudud ini adalah hukuman yang keras? Ataupun ia hanya sekadar dakwaan semata-mata?
Jadi soalan-soalan seperti ini yang perlu kita bincangkan. Persoalan sama ada hudud ini sesuai atau tidak tidak perlu dibincangkan. Hudud datang dari Allah. Tidak perlu lagi dipertikai.
Jawaban yang dapat diberi secara ringkas:
1) Adakah cukup sebagai seorang Islam hanya memperjuangkan hukum hudud?
Bagi yang memperjuangkan hukum Islam, ingatlah bahawa Islam tidak semata-mata memperjuangkan hukum hudud. Pesan Dr. Sano Kautoub Moustapha:
"Memang benar bahawa masyarkat Islam harus menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang salah. Tanggungjawab itu tidak hanya berkaitan dengan hudud melainkan dikaitkan juga dengan kejahatan yang lain seperti rasuah, melawan ibu bapa, melemahkan ajaran Islam, kemalasan, kemunafikan, mengumpat dan sebagainya."[10]
2) Adakah hukuman hudud dikenakan keatas orang Islam sahaja? Bagaimana dengan bukan Islam?
Soalan seperti ini, al-Faqir telah bertanya sendiri kepada Ustaz Azhar Idrus melalui laman Facebook milik beliau:
"hudud tu dikenakan juga atas orang kafir kah?"
Maka jawab Ustaz Azhar Idrus:
"Terpulang kepada pemerintah."
3) Jika pelaku kesalahan hudud bertaubat adakah gugur hukuman hudud ke atas dirinya?
Kita mengambil contoh situasi jika seorang lelaki dan seorang perempuan telah berzina, kemudian mereka benar-benar bertaubat dan berusaha untuk melangsungkan perkahwinan, maka hukumnya gugur asal sahaja perkara itu tidak sampai kepada pihak yang berkuasa atau raja negeri Islam, sebab rajalah yang seharusnya melaksanakan hukuman itu. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Sabri Abdul Raouf.[11]
4) Tanggungjawab siapakah hukuman ini? rakyat atau pemerintah?
Ibn Taimiyyah berkata didalam السياسة الشريعة al-Siyasah al-Syar'iah:
ان ولاية امر الناس
اعظم واجبات الدين بل لا قيام للدين إلا بها ولأن الله تعالى اوجب الا مر
بالمعروف والنّهى عن منكر ونصرة المظلوم وكذلك سائرما اوجبه من الجهد
والعدل واقامة الحدود لا تتمّ إلا بالقوّة والإمارة
"Memimpin
dan menguasai adalah antara kewajiban agama yang terbesar. Tidak akan
tertegak agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan itu. Oleh kerana Allah
telah mewajibkan (kaum Muslimin) menyuruh kepa yang baik, melarang dari
yang mungkar, membela orang yang teraniaya, berjihad, melaksanakan
hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan
terlaksana tanpa kekuasaan dan teraju kepimpinan."
Abdul Karim Zaidan didalam نِظَامُ القَضَاءِ فِي الشَّرِيعَةِ الإِسْلَامِيَّةِ berkata:
"Undang-undang
Islam ialah syari'at Islam, maka ialah undang-undang yang wajib
dilaksanakan. Para hakim mesti mendasarkan keputusan-keputusannya kepada
undang-undang tersebut dalam semua dakwaan yang didengarinya tanpa
kecuali, sama ada yang berkaitan dengan jenayah mahupun sivil, sama ada
pihak yang terlibat dalam dakwaan itu terdiri dari warganegara Islam
atau orang asing, sama ada mereka itu kesemuanya orang Islam atau bukan
Islam. Maka kedaulatan undang-undang Islam mencakupi ke atas sekalian
mereka itu dan ke atas semua jenis dakwaan tanpa kecuali seperti mana
yang saya katakan. Dan tidak harus sama sekali bagi seorang hakim
menjatuhkan hukuman dengan selain dari syariat Islam, kerana ia adalah
merupakan undang-undang yang mesti dilaksanakan."[12]
Bermakna, seorang rakyat tidak boleh menjalankan hudud tanpa kebenaran pemerintah. Ini disokong oleh kenyataan Ustaz Azhar Idrus:
"Kewajiban melaksanakan hukum hudud menjadi tanggungjawab pemerintah bukannya atas rakyat jelata. Rakyat WAJIB menegur pemerintah yang tidak melaksanakan hudud. Sekiranya ada golongan yang mahu melaksanakan hukum hudud, semua rakyat wajib menyokongnya. Rakyat yang redha atas pemerintah yang tidak melaksanakan hukum hudud adalah berdosa."[13]
Wahai pemimpin, kami mengajak anda merenungi hadith Nabi:

"وَماَ لَم تَحْكُمْ أَئِمَتُهُمْ بِكِتاَبِ اللهِ وَيَتَخيَّرُوْا مِمَّا أَنْزَلَ اللهُ اِلاَّ جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ..."
-رواه ابن ماجه في كتاب الفتان-
"...Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri."
(HR Ibn Majah)
Menurut as-Syaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam, perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum Allah S.W.T dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.[14] Jadi, tidak hairan kita lihat pada mutakhir ini dalam kalangan manusia itu bertengkar sesama sendiri.
5) Bolehkah hukuman hudud ini ditangguhkan jika telah sabit kesalahan yang dilakukan?
"Perlaksaan syariah merangkumi penangguhan. Apabila sesuatu undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan atas sebab syari'e, sebenarnya itu juga adalah pelaksanaan syariah.
Saya mengatakan demikian berdasarkan contoh daripada Nabi yang menangguhkan pemotongan tangan ke atas pencuri yang mencuri sewaktu berperang kerana bimbang dia akan masuk ke dalam kumpulan kafir. Penangguhan sebegini adalah perlaksanaan syariah dalam bentuk yang lain iaitu menolak fitnah dan kesusahan yang lebih berat."[15]
6) Apakah dia hukuman hudud yang dikenakan ke atas kesalahan hudud?
Ruangan adalah terbatas, saya nyatakan secara ringkas sahaja.[16] Syarah untuk perkara ini, kalian boleh menuntut ilmu daripada para asatizah, masyaikh dan 'alim ulama.
a) Zina
i) Penzina yang belum berkahwin: sebat 100 kali
ii) Penzina yang sudah berkahwin: Rejam sampai mati
b) Qazaf (tuduhan zina tanpa bukti)
80 kali sebatan
c) Minum arak
40 kali sebatan
d) Mencuri
Potong tangan
e) Merompak
i) Merompak dengan membunuh: balas bunuh
ii) Merompak sahaja: potong tangan kanan dan kaki kiri dan jika masih merompak, tangan kiri dan kaki kanan.
Merompak dengan menganggu ketenteraman awam: penjara
f) Murtad
Bunuh selepas diberi tempoh bertaubat selama tiga hari ataupun tiga kali
7) Benarkah hukuman hudud ini adalah hukuman yang keras? Ataupun ia hanya sekadar dakwaan semata-mata?
Dr. Ahmad Syauqi al-Fanjari (دكتور أحمد شوقي الفنجري) dalam bukunya كَيْفَ نَحُكمْ بِالإِسْلاَم فِي دَوْلَة عَصْرِيَّة Kaifa Nahkum Bil-Islam Fi Daulah 'Asyriyyah (Bagaimana Kita Hendak Memerintah Dengan Islam Dalam Negara Moden) berkata:
"Hukuman-hukuman fizikal yang dibawa oleh Islam dianggap oleh dunia moden hari ini sebagai keras. Untuk menjawab tuduhan ini kita menyatakan; Ya, sememangnya ia keras jika dilaksanakan dalam masyarkaat seperti Barat/Eropah hari ini. Namun ia tidak keras jika dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Kenapa? Kerana di dalam masyarakat Barat/ Eropah, mereka memberi kebenaran kepada segala unsur yang merosakkan dan menyeleweng. Arak, pelacuran, penzinaan dan perkara-perkara yang mendorong seks dibenarkan dengan sokongan undang-undang sendiri. Apabila ada dari mereka yang mabuk dan hilang akal dan bertindak liar membunuh atau mencuri, tiba-tiba mereka ditangkap dan dipenjara. Tidakkah itu memperlihatkan pertentangan yang pelik.
Masuk akalkah, kamu menjual kepada orang arak dan menggalakkan mereka meminumnya, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka mabuk disebabkan arak itu. Atau kamu membuka kepada orang ramai pintu-pintu kepada kerosakan, dan perkara-perkara yang mendorong kepada seks, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka keluar merogol/ memperkosa anak-anak gadis di jalanan. Atau kamu mengemukakan kepada orang ramai filem-filem ganas yang memuja menonjolkan aksi mencuri, rompakan bank dan sebagainya, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka meniru aksi-aksi dalam filem tersebut.
Segala faktor penyelewengan di atas tidak akan ditemui dalam masyarakat Islam (yang sebenar) yang hidup dalam naungan sebuah negara Islam. Oleh itu, tidak ada alasan untuk sesiapapun melakukan penyelewengan selepas itu..."[17]
Soalan-soalan perihal hudud yang perlu juga di renungi:
1) Bagaimana jika pemimpin yang melaksanakan kesalahan tersebut, adakah mendapat pelepasan?
2) Jika satu kumpulan melakukan kesalahan hudud terhadap seorang mangsa, adakah satu kumpulan tersebut akan dijatuhkan hukuman hudud?
3) Kalau tertuduh yang melakukan kesalahan hudud menarik balik kesalahan?
4) Bagaima jika tidak ada saksi? atau tidak ada bukti yang kukuh?
5) Bolehkah hudud dijatuhkan atas dasar sangkaan semata-mata?
Banyak lagi persoalan yang perlu di perjelaskan kepada masyarakat bahawa hudud ini adalah sistem undang-undang yang menjamin hak-hak manusia.
*******************************************************************************************************************

Wahai pejuang agama Islam! Apa yang hendak ditekankan disini, al-Quran bukan semata-mata bahan bacaan. Namun ia adalah sumber hukum yang boleh diambil dan wajib diambil. Perbincangan yang perlu HANYA perlaksanaan undang-undang.
Meminjam kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi:
"...Allah tidak menurunkan undang-undang dalam kitab suci dan lisan Rasul-Nya hanya untuk di ambil berkatnya sahaja atau hanya untuk dibacakan ke atas orang mati dan digantung menjadi perhiasan di dinding rumah. Tetapi Allah S.W.T telah menurunkannya untuk ditaati, dilaksanakan dan untuk menjadi dasar hukum bagi hubungan antara sesama manusia. Juga untuk memberikan panduang kepada jalan kehidupan agar sesuai dengan perintah, hukum dan syariat Allah."[18]
Mengakhiri tulisan, teringat pesan Tok Ayah Abul Khair Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi:
"Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tidak makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah)."[19]
Kita marah orang kacau kita punya agama, tetapi kita sendiri tidak mahu melaksanakan kandungan agama kita. Fikir-fikirkanlah.
Allahu'alam.
RUJUKAN:
[1] Wikipedia.org/Bandar_Raya_New_York
[3] Zakir Abdul Karim Naik (Dr)(2013), Jawapan Kepada Pertanyaan Bukan Islam Tentang Islam, Johor Bharu: Jahabersa hlm. 133
[4] ACP (B) Mohd. Reduan Aslie (2009), Jenayah, Selangor: Alaf 21 Sdn. Bhd hlm. 262
[5] Dato Ismail Kamus (2009) Indahnya Hidup Bersyariat, Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd hlm. 252
[6] Paizah Haji Ismail (2008), Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor: Tradisis Ilmu Sdn. Bhd hlm. 3
[5] Dato Ismail Kamus (2009) Indahnya Hidup Bersyariat, Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd hlm. 252
[6] Paizah Haji Ismail (2008), Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor: Tradisis Ilmu Sdn. Bhd hlm. 3
[7] Noor Aziah Mohd Awal (2010), Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Selangor: International Law Book Service hlm. 11
[9] Paizah Haji Ismail (2008), Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor: Tradisi Ilmu Sdn Bhd hlm. 173
[10] Daud Baharom (2006), Fatwa, Selangor: Gading Kreatif hlm.48 dan 49
[11] Daud Baharom (2006), Fatwa, Selangor: Gading Kreatif hlm.55
[12] Abdul
Karim Zaidan (Prof)(Dr)(2010), Sistem Kehakiman Islam (نِظَامُ
القَضَاءِ فِي الشَّرِيعَةِ الإِسْلَامِيَّةِ), Selangor: Pustaka Haji
Abdul Majid hlm. 323
[13] Ustaz Azhar Idrus (2012), Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat, Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd. hlm. 54
[14] Shaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam (2008), 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Kedah: Khazanah Banjariah Maahad Tarbiah Islamiah hlm. 85
[15] Al-Ustaz Isu 23: Wasatiyyah; Karakter Poliktif Islam hlm. 8 dan 87
[16] Ustaz Azhar Idrus (2012), Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat, Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd. hlm. 52 dan 53
[17] Ahmad Adnan Fadzil (2007), 60 Soalan Bagi Soalan Anda, Kedah: Wawasan Ummah hlm.166

[18] Yusuf al-Qaradhawi (Prof)(Dr)(2011), Fiqh Kenegaraan (فقه الدولة), Selangor: Blue-T Publication Sdn. Bhd hlm. 147
[19] Tok Ayah Abul Khair Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi (2011), Ruhul Zikri, Thailand: Kota Tauhid Ltd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan