AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)
Memaparkan catatan dengan label Pakaian dan Perhiasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakaian dan Perhiasan. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

Gelang untuk pakaian lelaki

Soalan:

Nak tanya. Gelang ni haram ke untuk lelaki?

Jawaban:

Memakai gelang adalah perhiasan orang perempuan. Ini dijelaskan oleh pengarang kitab Fiqh Manhaji.

Menurut pengarang lagi:

"Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah HARAM."[1]

Bagaimana pula jika ia merupakan gelang kesihatan?

Boleh jika:

i) Bertujuan perubatan
ii) Tidak niat berhias
ii) Tidak menyerupai gelang perhiasan

"Jika gelang yang kebiasaan dipakai orang ramai, hukumnya adalah HARAM kerana bentuknya adalah jelas sebagai satu perhiasan."[2]

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Mustafa al-Khin (Dr.), Mustafa al-Bugha (Dr.), 'Ali al-Syarbaji (2011),  Manhaj Fiqh 'ala Mazhab Imam al-Syafi'i Jilid III, Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan hlm. 355 dan 356
[2] Ustaz Azhar Idrus (2011), Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd hlm. 145

Khamis, 21 November 2013

Apa Hukum Melabuhkan Pakaian

Soalan:

Apa ya melabuhkan pakaian dalam bahasa arab? Apa hukumnya?

Jawapan:

Melabuhkan pakaian melebihi buku lali daripada kalimah bahasa arab iaitu isbal ( الاسبال )


HUKUM ISBAL[1]

Lelaki

1. MAKRUH melabuhkan pakaian atau kainnya hingga mencecah bumi.  
2. HARAM jika ada niat takbur.


Adapun bagi orang perempuan tidaklah makruh melabuhkan pakaiannya kerana perbuatan itu lebih melindungkan dan menutup badannya yang mana semua badannya jadi aurat dihadapan orang ajnabi.


RUJUKAN:
[1] Imam al-Muhaqiq Al-Habrul Al-Humam Shihabuddin Ahmad. Qaulu Tam Fi Ahkamil Makmum wal Imam 'Ala Mazhab al-Imam Shafie.

Isnin, 11 November 2013

Hukum Mencukur Janggut

Soalan:

Nak shave janggut boleh?

Jawapan: [1]

Orang yang biasa mencukur janggut ini diterangkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani didalam kitabnya Fathul Bari dalam bab memelihara janggut ialah orang-orang majusi, mereka itu biasa mencukur janggut mereka.

Dalam hadith Riwayat Bukhari, Nabi menyuruh kita berbeza dengan orang-orang musyrik, Nabi suruh kita memelihara janggut dan mencukur misai.

Nabi kata, "Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai."

Bukan bererti tidak boleh langsung memotong janggut. Kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan panjang akan kelihatan jijik dan dapat mengaggu pemiliknya. Maka boleh dipotong janggut yang berada dalam keadaan sedemikian

Ulama berbeza pendapat tentang masalah mencukur janggut.

1. HARAM: pendapat dari Ibn Taimiyyah.
2. MAKRUH: pendapat dari Iyadh.
3. MUBAH: pendapat kebanyakan ulama kini.

Terpulang bagi kita nak ikut pendapat yang mana. Namun perlu difahami, ulama salaf tidak mencukur janggut kerana bagi mereka memelihara janggut waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

Wallahu'alam.

Rujukan:

[1] Dr.Yusuf al-Qaradawi, Halal wa Haram fi al-Islam.

Isnin, 4 November 2013

Hukum Perempuan Cukur Bulu Kaki

Soalan:

Hukum perempuan cukur bulu kaki haram kan?

Jawapan:

Perkara ini tidak ada didalam nas yang mengatakan Haram mencukur bulu kaki, yang ada Nabi melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka, meminta orang lain mencukur atau mencabut orang perempuan punya bulu kening. Begitu juga haram wanita mengasah gigi supaya kelihatan cantik. [Mahfum Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud]

Perkara ini perkara khilaf. Kita menghormati pandangan ulama-ulama. Ada yang mengatakan hukumnya haram[1] kerana perbuatan menghilangkan bulu kaki (dan tangan) bukanlah termasuk dalam perkara yang disunatkan untuk dicukur.

Kalau sekiranya bulu kaki perempuan yang sudah berkahwin itu panjang, ulama ada dua pendapat[2]:

1. Suami perlu reda (tidak boleh mencukur bulu kaki). ATAU;
2. Hukum asal kejadian perempuan adalah tidak panjang bulu kakinya (Boleh mencukur bulu kaki).

Ustaz Azhar Idrus menambah, "Begitu juga kalau bulu kaki perempuan sudah menyerupai lelaki maka potonglah kerana ia jadi kurang molek. Jadi jangan risau pasal mencukur bulu kaki selagi kita tak dedah aurat nak pakai skirt nak tunjuk kat orang."[3]


Rujukan:

[1] Ustazah Zawiah Hassan, Ustaz Rohayati Bakri, 501 Persoalan Fikah Wanita
[2] Ustaz Mohammad Fadhlan-Hukum Wanita Cukur Bulu Kaki
[3] Ustaz Azhar Idrus- Hukum Perempuan Cukur Bulu Kaki

Ahad, 27 Oktober 2013

Kasut Tumit Tinggi

Soalan:

Perempuan tak boleh pakai kasut tumit tinggi eh?

Jawapan.

Allah berfirman[1]

"Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

Maka, kalau memakai kasut tumit tinggi sebab nak tunjuk dekat orang maka demikian tidaklah dibenarkan.

Imam Nawawi berkata:

"Seseorang perempuan yang memakai kasut tinggi lalu berjalan bersama orang-orang yang tinggi agar tidak dikenali. Jika ia maksudkan perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti menutup dirinya agar tidak dihina atau seumpamanya maka tidak mengapa. Namun jika niatnya adalah untuk menyerupai orang lain yang lebih sempurna dan menipu kaum lelaki, maka hukumnya haram." [2]

Ringkasnya, perempuan tidak boleh memakai kasut tumit tinggi:

1. Bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
2. Bertujuan untuk menggoda orang yang tidak halal.
3. Bertujuan untuk menipu orang lain.
4. Jika memudaratkan kesihatan.
5. Menyerupai orang yang lebih sempurna.

Wallahu'alam

Rujukan:

[1] Surah al-Nur ayat 31
[2] Ustaz Umar Muhammad Nor. Majalah al-Ustaz Isu 15: Fokus; Fiqah Fesyen Perempuan.


Isnin, 16 September 2013

Tumbuhkan janggut

Soalan:

Macam mana nak tumbuhkan janggut? Janggut saya ada 3 helai je.

Jawapan: [1]

Ada orang kata letak minyak zaiton.


Rujukan:

[1] Ustaz Azhar Idrus

Hukum berCosplay

Soalan:

Apa hukumnya bercosplay? seperti pakai baju power rangers dan ultraman?

Muhammad Irfan Bin Abdul Rani, Shah Alam.

Jawapan: [1]

(Ti)dak haram selagi tutup aurat tetapi orang dewasa pakai baju kanak-kanak jadi gugur maruahnya.


Rujukan:

[1] Ustaz Azhar Idrus

Jumaat, 13 September 2013

Jersi bola bersalib

Soalan:

Jika jersi bola yang ada lambang salib. Kemudian saya hitamkan tanda salib tu atau jahitkan tanda salib. Apakah hukum memakai memakai jersi bola tu?

Muhammad Irfan Bin Abdul Rani, Shah Alam

Jawapan: [1]

Kalau ada lambang salib, hendaklah dibuang...

Kalau dah tak ada lambang salib tersebut maka ianya boleh digunakan tak ada masalah.


Rujukan:

[1] Ustaz Bashasunnahar Bin Puasa

Mewarnakan rambut

Soalan:

Apa hukum para remaja meng-kaler-kan rambut? makruh ke sunat?

Muhammad Irfan Bin Abdul Rani, Shah Alam

Jawapan: [1]

Boleh tetapi bersyarat:

1. Pewarna tersebut bukanlah jenis yang kekal. Jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah S.W.T yang diharamkan.
2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3. Tidak mengakibatkan mudharat terhadap kesihatan individu. Seperti kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, ataupun allergi, ataupun mudharat terhadap janin dan lain-lain akibat bahan kimia pewarna rambut tadi,
4. Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan untuk menghasilkan warna rambut baru yang lebih cantik adalah makruh.


Rujukan:

[1] Ustaz Nurzamir Bin Zakaria (dengan sedikit suntingan)

Masuk tandas berbaju kalimah Allah dan Muhammad

Soalan:

Apa hukum pakai baju yang ada tulisan Muhammad Rasulullah didalam bahasa Melayu?
  
Muhammad Irfan bin Abdul Rani, Shah Alam

Jawapan: [1]

Baju tu tak sepatutnya dipakai sebab akan masuk tandas dan makruh masuk tandas dengan nama Allah dan Rasul.

[1] Ustaz Muhammad Asri Sobri