AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Sabtu, 21 Disember 2013

Lafaz Nazar

Soalan:

Kalau (nazar) tak lafaz, tak perlu buat lah eh?

Jawapan: [1]

Ya. Nazar mesti dilafazkan.

Imam Yahya Bin Sharaf an-Nawawi didalam al-Majmu' menyebut:

"Tidak sah nazar melainkan dengan ucapan." 

Lafaz itu mestilah menunjukkan maksud mewajibkan diri melakukan amalan kebajikan tertentu.

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Muhammad Luqman Makhtar. 2012. al-Ustaz Isu 12: Harga Nama Allah, Merungkai Hukum Sumpah & Nazar. Fokus Isu 12; Kemelut Nazar, Sekadar Niat Bukannya Nazar. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur m/s 25

Hukum Memakai Inai

Soalan:

Boleh ke buat ukiran inai pada tangan?


Jawapan:

HUKUM BERINAI[1]

Jumhur ulama berpendapat bahawa HARAM bagi lelaki memakai inai ataupun mewarnakan jari atau tangan kerana inai adalah khusus bagi para wanita.
Menurut Imam Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman as-Shafie, beliau tidak membenarkan lelaki memakai inai pada tangan dan kaki kerana pemakaian inai akan menyerupai perempuan KECUALI jika atas tujuan untuk perubatan ataupun darurat.

Menurut pandangan Imam Nawawi pula dalam Fatwa al-Majmu', lelaki diHARAMkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut. Dr.Yusuf al-Qaradawi didalam kitabnya,[2] memetik riwayat daripada Anas Bin Malik yang menyatakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab juga menggunakan inai di rambut. Bahkan menjadi sunnah untuk mewarnakan rambut dan janggut selain dengan warna hitam[3] (ketika sudah beruban). Cuma, inai adalah alat mengubah warna rambut dan janggut yang terkenal yang terdapat pada zaman baginda.[4]

UKIRAN INAI DITANGAN PEREMPUAN

Berkenaan ukiran inai yang telah dihias di tangan atau kaki, maka orang perempuan WAJIB menyembunyikan tangan atau kaki yang telah dihias dengan inai daripada mata orang yang haram melihatnya. [5]


INAI DAN PERUBATAN

Menurut guru kami, Ustaz Muhammad Kazim Elias al-Hafiz[6], kajian menunjukkan bahawa inai atau nama saintifknya Lawsonia Inermis boleh menjadi agen untuk anti bakteria dan anti fungus (kulat). Inai juga sangat berkesan dalam rawatan kaki berkulat, kulit berkulat dan bengkak-bengkak kerana sifatnya yang menyejuk.

Allahu'alam. Jom tanya asatizah yang lain.



RUJUKAN:

[1] Afiqme Mohamad (2013), Barakah Kahwin Muda, Kuala Lumpur: Pustaka Azhar. hlm. 112

[2] al-Qaradhawi, Yusuf bin Abdullah (Dr) (2014), Halal dan Haram Dalam Islam, Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. hlm. 166

[3]Mustafa al-Khin (Dr), Mustafa al-Bugha (Dr), Ali al-Syurbaji (2011), Manhaj Fiqh al-Shafi'i Jilid III, Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri. hlm. 347

[4] Ustaz Azhar Idrus

[5]  al-Ustaz Isu 15, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. hlm. 23

[6] Ustaz Mohamad Kazim Bin Elias al-Hafiz (2011), Doa & Penawar [Menurut Al-Quran & Al-Sunnah] Terpilih, Kuala Lumpur: InteamPublishing. hlm. 18

Jumaat, 13 Disember 2013

Doa Kulit Cerah

Soalan:

Kalau contoh kulit orang tu gelap tetapi doa dekat Allah, agar diputihkan kulit. Tu dikira tidak mensyukuri nikmat ya? Ke macam mana.

Jawapan:

"Itu doa yang tidak baik, doa tu menunjukkan yang kita tak reda. Sedangkan kita sepatutnya balik kepada Rasulullah.Perasan tak bila Rasulullah lantik Bilal Bin Rabbah menjadi orang kanan baginda, orang penting. Bilal Bin Rabbah orang yang sangat gelap kulit dia. Bilal Bin Rabbah walaupun orang yang sangat gelap kulit dia, ruh (bunyi tapak kaki) dia ketika hidup sudah berada dalam syurga. Itu doa yang melampaui batas. Tak boleh (berdoa sedemikian)."[1]

Guru saya[2] menyatakan bahawa tidak boleh berdoa agar berkulit cerah tetapi boleh berdoa agar diberi seri wajah.

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Suntingan daripada Ustaz Amran Yusuf @Ustaz Bollywood
[2] Ustaz Suhaimi Abu Hassan

Rukun Qawliy

Soalan:

(Rukun) Qawliy dalam solat yang mana?

Jawapan:

Menurut mazhab Shafie, terdapat 13 rukun didalam solat.

13 Rukun tersebut ialah [1]:

1. Niat
2. Berdiri betul sekiranya mampu ketika bersolat fardhu
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Rukuk
6. I'tidal selepas rukuk
7. Sujud sebanyak dua kali pada setiap rakaat.
8. Duduk diantara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir.
10. Membaca tasyahhud ketika duduk yang penghabisan
11. Berselawat ke atas Nabi selepas tasyahhud akhir
12. Salam yang pertama.
13. Tertib.

Daripada rukun-rukun ini, maka kita dapat ambil bahawa terdapat 5 rukun qawliy yang mesti dipatuhi.
Rukun Qawliy (percakapan), memerlukan seseorang itu bersuara sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri:

1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Surah al-Fatihah
3. Membaca tasyahud akhir
4. Berselawat ke atas Nabi selepas tasyahhud akhir.
5. Memberi salam yang pertama.

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Dr.Mustafa al-Khin, Dr.Mustafa al-Bugha, dan 'Ali al-Syarbaji. Manhaj Fiqh al-Syafie Jilid 1. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Ahad, 8 Disember 2013

Membaca Ameen Membatalkan Solat?

Soalan:

Mengapa (Syiah) membaca ameen membatalkan solat? Saya tak faham.

Jawapan:

Menurut Syiah, membaca ameen didalam solat selepas surah al-fatihah akan membatalkan solat.

Ini adalah menurut pandangan ulama Syiah itu sendiri. 

Ayatullah Khomeini berkata:

"Dan sengaja mengucapkan amin selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya."

(Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 190)


RUJUKAN:

[1] Maulana Mohd. Asri Bin Yusof. Bahaya Syiah kepada Akidah, Syariah, Akhlak Ummah & Negara: Bahaya Kepada Akhlak. Terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan m/s 36

Isnin, 2 Disember 2013

Qunut Subuh

Soalan:

Rasulullah (S.A.W) Solat Subuh ada bacaan Doa Qunut tak? Kawan ana tanya.


Jawapan:

 Empat perkara sunat dilakukan ketika iktidal [1]:

1. Membaca bacaan yang sunat ketika iktidal.
2. Mengangkat tangan ketika iktidal
3. Berdiri tegak sebelum sujud
4. Membaca qunut di rakaat akhir pada solat subuh.

Di dalam mazhab Shafie, sunat ab'adh (sunat ab'adh jika tertinggal perlu diganti dengan sunat sujud sahwi pada akhir solat) membaca doa Qunut semasa iktidal dalam rakaat yang terakhir ketika bersolat subuh.[2]

Hadis Anas R.A., dia berkata yang maksudnya:

"Rasulullah S.A.W selalu membaca doa qunut ketika solat subuh hingga akhirnya baginda wafat."[3]


Hadis seterusnya[4],

Anas r.a telah ditanya, "Adakah Nabi S.A.W membaca qunut ketika solat subuh?"
Dia menjawab, Ya.

Lalu ditanya lagi, adakah baginda membacanya sebelum rukuk?
Dia menjawab, tidak berapa lama selepas rukuk.

Lafaz Qunut yang selalu digunakan[5]:


"Ya Allah, kurniakanlah diriku petunjuk dalam kalangan mereka yang mendapat petunjukMu,
Sihatkan dan selamatkan diriku dalam kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan dan keselamatan,
Tolonglah daku dalam kalangan mereka yang mendapat pertolonganMu.
Berkatilah nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku,
Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan,
Sesungguhnya Engkaulah penentu yang berkuasa ke atasMu.
Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan
dan tidak akan muliau orang yang Engkau musuhi.
Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci dan Yang Maha Tinggi."


Berdasarkan beberapa hadith sahih tentang berselawat ke atas Nabi S.A.W selepas doa dan zikir, para ulama mengatakan sunat ditambah dalam doa qunut: [6],


"BagiMu segala puian atas apa-apa yang Engkau tentukan.
Kami memohon keampunanMu ya Allah ya Tuhan kami, dan kepadaMu kami bertaubat.
Allah mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang ummiy (أمي) dan kepada seluruh keluarga dan para sahabatnya."



RUJUKAN:

[1] Ustaz Mohamamad Bin Abdullah @Ustaz Amin. Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie. Empat Perkara Sunat Ketika Iktidal m/s 64-66
[2] Dr.Mustafa al-Khin, Dr.Mustafa al-Bugha, dan 'Ali al-Syarbaji. Manhaj Fiqh al-Syafie Jilid 1: bab Sunat Ab'adh. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
[3] Hadith Riwayat Ahmad dalam Musnad,  Daruqutni dalam al-Sunan, Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Abdul Razak dalam al-Mushannaf, Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf dan Thahawi dalam Syarah Ma'ani al-Athar
[4] Hadith Riwayat al-Bukhari (956) dan Muslim (677)
[5] Hadith Riwayat Abu Daud (1425)
[6] Dr.Mustafa al-Khin, Dr.Mustafa al-Bugha, dan 'Ali al-Syarbaji. Manhaj Fiqh al-Syafie Jilid 1. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan m/s 341

Batu Karbala

Soalan:

Apa kegunaan batu karbala yang Syiah gunakan dalam solat?

Jawapan:

Syiah sujud di atas tanah Karbala sebagai alas sujud dan keyakinan bahawa perbuatan itu mendapat pahala serta keutamaan bagi mereka.[1]

Perkara ini tidak ada dalil dalam agama, sekiranya benar sujud di atas batu Karbala itu itu satu ibadah, maka sudah tentulah akan diutamakan mengambil tanah daripada dua buah masjid suci iaitulah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Mereka juga mendakwa bahawa tanah Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis penyakit.[2]


RUJUKAN:

[1] Ustaz Mohamad Bin Abdullah @Ustaz Amin. Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie; Bab Lapan: Perbahasan Mengenai Kesalahan Di Dalam Solat. m/s 117
[2] Maulana Mohd Asri Bin Yusuf. Bahaya Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak Ummah Dan Negara m/s 39

Khutbah Jumaat Tamat

Soalan:

Sah tak solat Jumaat dia kalau dia sampai, Khutbah dah habis. Solat Jumaat terus.

Jawapan: [1]

Jika jemaah yang mendengar khutbah mencapai 40 orang atau lebih, maka hukum orang yang datang lewat Jumaat tanpa mendengar khutbah adalah sah solat Jumaatnya tetapi mereka terlepas fadhilat mendengar khutbah. Namun jika orang yang hadir lewat itu menyebabkan bilangan yang mendengar khutbah kurang dari 40 orang, maka mereka menanggung dosa besar. Demikianlah Fatwa daripada Syeikh Dr.'Ali Jum'ah.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. 60 Jawapan Bagi Soalan Anda: Solat Jumaat Tanpa Mendengar Khutbah m/s 35

Khamis, 28 November 2013

Bunuh Cicak Malam Jumaat

Soalan:

Kenapa ya kita kena bunuh cicak malam Jumaat?

Jawapan: [1]

Sunat membunuh cicak menurut pandangan para ulama. Ini bersandarkan kisah Nabi memerintah Ummu Syarik untuk membunuh cicak[2]. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api (untuk menyalakannya) pembakaran Nabi Ibrahim.

Menurut al-Baidawi, cerita Nabi Muhammad ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatnya untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim. Demikianlah yang dinukil oleh al-Munawi dalam Faid al-Qadir.

Dalam hadis riwayat Muslim pula, Nabi memerintahkan supaya membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak.[3]

"Berkata Imam al-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat menganggu kesihatan manusia."

Faktor ini merujuk kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini,bukan kerana motif balas dendam disebabkan peristiwa cicak berusaha membongkar persembunyian Nabi di gua Thur. Tiada hadis yang sahih tentang perkara ini.

Menurut Ustaz Azhar Idrus ketika mensyarahkan hadis membunuh cicak ini, beliau menyatakan[4]:

"...perbuatan membunuh cicak adalah sunat hukumnya. Tetapi ia tidak dikaitkan dengan hari Jumaat atau mana-mana hari."


RUJUKAN:


[1] Ustaz Umar Muhammad Noor. al-Ustaz Isu 11; Fiqh Hadis: Kenapa Nabi Suruh Bunuh Cicak m/s 76-77
[2] Hadith Riwayat al-Bukhari daripada Abdul Hamid Bin Jubeir bin Syaibah daripada Said Bin al-Musayyab.
[3] Direkodkan oleh Amir Bin Saad dari Ayahnya.
[4] Ustaz Azhar Idrus.2011. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa: Hukum Bunuh Cicak m/s 120. PTS Publication. Kuala Lumpur.

Isteri Lebih Daripada Suami

Soalan:

Apa pandangan kalau isteri kita lebih dari suami dia.. Macam dari segi pekerjaan, ilmu agama, gaji semua..
Elok tak?

Jawapan: [1]

Apa yang saudara tanya itu hanya syarat memilih pasangan. Hukum perkahwinan itu sah jika diteruskan dalam situasi soalan anda.

Yang penting, wali dan perempuan itu reda menerima ketidaksekufuan itu. Jika salah seorang daripada mereka menghalang perkahwinan kerana tidak sekufu, maka perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Rasulullah sendiri pernah bertanyakan kepada Burairah; bekas hamba Ummul Mukminin: Saidatina Aishah R.anha sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai kerana suami Burairah masih lagi hamba berbanding dirinya sudah merdeka. Lihat, Rasulullah sendiri menitik beratkan persoalan sekufu.


SEKUFU Menurut IMAM SYAFIE

1. Beragama dan Baik Akhlak
2. Pendidikan, Pekerjaan, dan Keturunan.
3. Sihat Tubuh Badan dan Sempurna.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Haji Mohd Shukri Haji Ali. Majalah Q&A Isu 18: Munakahat; Sekufu Syarat Lulus Nikah?

Rabu, 27 November 2013

Buka Puasa Ikut Mana?

Soalan:

Katakan Si A start puasa di Negara A, bermusafir menggunakan kapal terbang dan jika di sampai di Negara B. Negara B sudah berbuka puasa. Bolehkah dia ikut buka puasa di Negara B?

Jawapan: [1]

Berbukalah puasa jika telah tiba waktu malam. 

Allah berfirman[2]:

                        ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ 

"Kemudian, sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (iaitu terbenam matahari).

Seseorang yang berpuasa sudah boleh berbuka puasa jika terbenam matahari (malam). Selama orang yang berada diatas kapal terbang tidak melihat terbenam matahari (malam) tidak harus ia berbuka.

Perlu diketahui jika kita bermusafir ke arah timur, maka siangnya semakin pendek, dan tempoh puasanya juga akan menjadi singkat. Jika bermusafir ke arah barat, siang dan puasanya akan menjadi panjang.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya: Waktu Berbuka Bagi Musafir m/s 93
[2] Surah al-Baqarah 2:2:187

Maksud Ijtihad

Soalan:

Apa maksud Ijtihad?

Jawapan: [1] [2]

Ijtihad dalam bahasa Melayu diambil dari bahasa arab itu sendiri iaitu ijtihad ( اجتهاد ). Kata dasar kalimah Ijtihad ini diambil dari perkataan "Juhd" ( جهد ) yang membawa maksud usaha yang sesungguhnya.

Ijtihad dari segi bahasa ialah mencurahkan tenaga secara habis-habisan untuk sampai kepada sesuatu perkara daripada beberapa perkara yang memerlukan kepada tenaga dan mengalami kepayahan.

Al-Baidawi mendefinisikan ijtihad sebagai menggunakan sepenuh daya dalam memahami hukum syarak.

Prof. Mahmood Zuhdi meringkaskan Ijtihad sebagai suatu dimensi penelitian atau penyelidikan tentang hukum. Menurut beliau, secara mudahnya ijtihad itu dalam konteks dunia akademik sekarang boleh disama ertikan dengan penyelidikan. Sebagaimana maklum, penyelidikan itu ialah kerja-kerja yang serius, yang melibatkan antara lain, pemungutan data daripada sumber-sumbernya yang tertentu dan penganalisaan data-data itu mengikut kaedah penganalisisan yang teratur. Objektif yang mahu dicapai ialah jawapan yang ilmiah terhadap persoalan yang menjadi tajuk kepada penyelidikan berkenaan.

Ringkasnya, Ijtihad ialah kajian atau penyelidikan untuk mengetahui sesuatu dengan sedalam-dalamnya (terutama hal agama).[3]


RUJUKAN:

[1] Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid, Paizah Haji Ismail. 2010. Pengantar Pengajian Syariah m/s 118-120. Al-Baian Corparation Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
[2] Saharia Haji Ismail. 2012. Perbahasan Usul Fiqh: Satu Pengenalan Awal. Kolej Universiti Islam Melaka
[3] Dr.Zaharuddin Abdul Rahman.2012. Formula Solat Sempurna Edisi Kemas Kini; Glosari m/s 183

Jumlah Syiah di Iraq

Soalan:

Banyakkah jumlah Syiah di Iraq?

Jawapan: [1]

Perlu diketahui bahawa 87-90% penganut Muslim sedunia, hanya 10-13% adalah Syiah.

Iraq merangkumi 60% penduduk yang berfahaman Syiah Jaafariyah (Syiah Imam 12).


SUMBER: Kajian statistik yang dijalankan oleh Pew Research Centre, 2009.


RUJUKAN:

[1] Al-Ustaz Isu 17. Poster Mini: Tentang Syiah Yang Anda Wajib Tahu.

Jumaat, 22 November 2013

Mati Malam Jumaat

Soalan:

Apa kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat? Datuk ana baru meninggal dunia tadi.

Jawapan:

Saya ucapkan takziah atas kematian datuk anta. Semoga diampuni Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Respons terhadap soalan,

Ada pendapat menyatakan kelebihan mati pada malam Jumaat [1]:

Hamid dalam Targhibnya, merekodkan daripada Sa'ad Bin Tharif al-Iskaf, daripada Abu Jaafar, dia berkata:

"Malam Jumaat adalah malam yang terbaik sedang hari Jumaatnya adalah hari yang bercahaya. Sesiapa yang meninggal dunia pada malam Jumaat, Allah menuliskan untuknya pembebesan daripada seksa kubur dan barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat, dia dibebaskan daripada seksaan api Neraka."

Begitu juga ada hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah menceritakan kelebihan mati pada malam Jumaat.

Daripada Hisham Bin Saad, daripada Said Bin Abi Hilal, daripada Rabiah Bin Said, daripada Abdullah Bin 'Amr, Nabi S.A.W bersabda:

"Tidaklah ada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah akan selamatkannya dari fitnah kubur."[2]

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Turmuzi dan at-Thabrani.)[3]


MAKSUD HADITH:

1. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil [4]:

Maksud fitnah kubur didalam hadis diatas ialah azab kubur dan soalan malaikat di dalamnya. Sebab keselamatan tersebut menurut yang dijelaskan oleh ulama' ialah kerana kemulian hari Jumaat. 


2. Ustaz Azhar Idrus [5]:

"Maksudnya dia ni aman daripada fitnah kubur. Dan ada pendapat ulama yang mentakwilkan maksudnya iaitulah ringan siksa kubur. Kalau takdirkan kata dia tu dia kena seksa didalam kubur dia diringankan seksa tetapi pada dalam alam barzakh sahaja kerana dengan sebab berkat hari Jumaat. Adapun bangkit di padang Mahsyar dalam neraka tak ada ringan hak tu dengan sebab dia mati hari Jumaat.

Sekalipun orang tu orang fasik. Imam Nawawi kata sekalipun orang ni orang fasiklah; orang tak tutup aurat, orang minum arak. Ada juga kelebihan (orang fasik) syarat dia orang beriman mati pada hari Jumaat

Tetapi bukan masuk syurga terus macam yang kita dok faham. Bukan, (tetapi diringankan) masa alam barzakh, diringankan soal jawabnya ataupun diringankan azab kuburnya."

Allahu'alam


RUJUKAN:

[1] Al-Hafiz Jalaluddin AbdurRahman as-Suyuti. Rahsia Alam Kematian Dan Alam Barzakh (Terjemahan daripada Pustaka Azhar)
[2] Menurut Sheikh Albani, hadis ini jika dihimpunkan keseluruhan jalan periwayatannya, maka darjatnya adalah hasan. (Lihat kitab beliau; Ahkam al-Janaiz, di bawah tajuk; 'Alamati Husnul Khatimah)
[3] Boleh juga lihat hadith ini didalam Jenazah dalam bab Menuju Husnul Khatimah (Selenggara oleh Ustaz Yusuf Arbain, Sakinah Arif Yusuf) karangan Sheikh Soleh al-Munajjid, Sheikh Soleh al-Uthaimin, dan Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz. Terbitan Karya Bestari
[4] Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. 60 Jawapan Bagi Soalan Anda m/s 12
[5] Ustaz Azhar Idrus: Soalan Kelebihan Mati Hari Jumaat

Khamis, 21 November 2013

Makmum Membaca Surah

Soalan:

Kalau solat bersama Imam walaupun solat maghrib boleh ke kita baca surah?

Jawapan: [1]

Makmum tak disuruh dan tak perlu membaca surah. Tak perlu baca sebab tak disuruh oleh agama...kalau baca jadi makruh.


RUJUKAN:

[1] Ustaz Amran Yusuf

Apa Hukum Melabuhkan Pakaian

Soalan:

Apa ya melabuhkan pakaian dalam bahasa arab? Apa hukumnya?

Jawapan:

Melabuhkan pakaian melebihi buku lali daripada kalimah bahasa arab iaitu isbal ( الاسبال )


HUKUM ISBAL[1]

Lelaki

1. MAKRUH melabuhkan pakaian atau kainnya hingga mencecah bumi.  
2. HARAM jika ada niat takbur.


Adapun bagi orang perempuan tidaklah makruh melabuhkan pakaiannya kerana perbuatan itu lebih melindungkan dan menutup badannya yang mana semua badannya jadi aurat dihadapan orang ajnabi.


RUJUKAN:
[1] Imam al-Muhaqiq Al-Habrul Al-Humam Shihabuddin Ahmad. Qaulu Tam Fi Ahkamil Makmum wal Imam 'Ala Mazhab al-Imam Shafie.

Khamis, 14 November 2013

Jawab Salam Berlainan Jantina

Soalan:

Ada budak kata ustazah dia cakap kalau orang berlainan jantina bagi salam, tak wajib jawab salam. Sedangkan jawab salam tu wajib, kan akhi?

Jawapan:

Tak salah beri salam kepada kepada perempuan tanpa berjabat tangan dan tida timbul fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Abu Daud (5204), Nabi Muhammad S.A.W sendiri memberi salam kepada kumpulan perempuan.[1]

Kefahaman disebalik hadith ini ialah boleh beri salam, boleh jawab salam lelaki dan wanita yang ajnabi dengan syarat tak jabat tangan dan tak timbul fitnah. Nabi tak akan buat sesuatu yang ada impak negatif kepada kita.[2]

Ulama'[3] menyatakan dilarang memberi salam kepada wanita yang muda dan harus bagi wanita tua demikian juga wanita tidak menjawab salam lelaki kepadanya dan wanita tidak memberi salam kepada lelaki kecuali dalam situasi yang aman daripada fitnah iaitu adanya mahram [al-Adab al-Syar'iyyah, Ibn Muflih al-Hanbali]

Allahu'alam


RUJUKAN:

[1] Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin, Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz. Fatwa Adab.
[2] Saudara Ammar Irfan
[3] Ustaz Muhammad Asrie Sobri

Gambar Anjing Dalam Talifon Bimbit

Soalan:

Kalau dalam sistem handphone kita ada gambar anjing dan tak dapat dibuang gambar tu. Boleh ke bawa dalam masjid, phone tu?

Jawapan:

Adakah handphone yang ada gambar anjing tu najis kalau dipegang? Adakah kena samak (sertu)? Paling selamat offkan handphone tu..[1]

Anjing bukan binatang hina... Enta hafaz surah al-Fatihah boleh masuk toilet tak?[2]


Rujukan:

[1] Ustaz Mohd Yusuf Arbain
[2] Saudara Ammar Irfan

Hadis Azan Di Telinga Bayi Adalah Lemah?

Soalan:

Betul tak, azan dan iqamat dekat telinga bayi yang baru lahir tu adalah hadis lemah?

Jawapan: [1]

Hadis yang dimaksudkan ialah:

'Asim Bin 'Ubaidillah meriwayatkan daripada Ubaidullah Bin Abi Rafi' daripada ayahnya:

"Aku melihat Rasulullah azan ditelinga Hasan sebaik selepas dilahirkan oleh Fatimah."

(Hadis Riwayat Abu Daud, al-Baihaiqi dan lain-lain. Sahih menurut at-Turmuzi dan al-Hakim)

Menurut ulama, 'Asim Bin 'Ubaidillah seorang ulama yang pakar dalam ilmu qiraat namun lemah dalam periwayatan hadis. Imam Malik sendiri enggan mengambil hadis daripada beliau. Kelemahan 'Asim Bin 'Ubaidillah turut disepakati oleh Ahmad Bin Hanbal, al-Bukhari, Yahya Bin Ma'in, Abu Hatim, Abu Zur'ah dan ramai lagi pakar pengkritik hadis.

Walaupun hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan at-Turmuzi, namun al-Hakim dan at-Turmuzi terkenal terlalu ringan mensahihkan hadis-hadis yang tidak layak disahihkan.

'Asim Bin 'Ubaidillah merupakan tokoh ulama terkenal, jika beliau TERsalah meriwayatkan hadis, maka kesalahan itu bukan disengajakan, malah tidak boleh kita mengatakan beliau memalsukan hadis.


3 SYARAT PEMAKAIAN HADIS LEMAH

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani[2] dan ramai ulama, hadis lemah boleh jadi amalan dengan tiga syarat:

1. Kelemahannya tidak terlalu parah.
2. Hukum yang terkandung termasuk dalam kaedah umum syariat.
3. Pengamalan itu didasari atas asas berjaga-jaga sahaja, bukan penegasan bahawa ia merupakan sunnah Nabi.


DALIL YANG MENYOKONG HADIS 'ASIM BIN 'UBAIDILLAH

Hadis 'Asim ini walaupun dinilai lemah, namun ada beberapa dalil yang menyokong hadis ini:

1. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Setiap anak Adam ditusuk pada dua lambungnya oleh jari syaitan ketika dilahirkan kecuali Isa putera Maryam. Syaitan hendak menusuknya, namun ia  menusuk di balik hijab."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


2. Hadis Sahih al-Bukhari[3] dan Muslim juga menyatakan bahawa  syaitan lari apabila mendengar suara azan.

Maka dari sini, Mazhab Hanafi, Shafie dan Hanbali telah menggalakkan dibacakan azan ke telinga bayi untuk mengusir syaitan yang hadir bersamanya pada saat kelahiran. Adapun menurut pandangan Imam Malik Bin Anas, perkara ini adalah makruh. Namun, ahli fiqah mazhab Maliki kebelakangan membolehkan perkara ini.

Berkenaan iqamat pula menurut Ustaz Umar Muhammad Nor, "Adapun iqamat di telinga kiri bayi, maka saya tidak menemukan dalil yang kuat untuk menganjurkannya."

Namun menurut Ustaz Khafiz Soroni, ada ulama salaf yang mengamalkan azan dan juga IQAMAH ditelinga bayi. Antara yang mengamalkannya ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Abd ar-Razzaq dalam al-Musannaf (no. 7985) meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz akan azan ditelinga kanan dan iqamat di telinga kiri anaknya yang baru dilairkan. Menurut Ibn al-Mulaqqin (w. 804H) dalam al-Badr al-Munir, sangat ramai ulama Syafie'iyyah yang menukilkan amalan Umar bin Abdul Aziz ini.[4]

Ustaz Azhar Idrus berkata:

"Sunat azan dan iqamah pada kedua-dua belah telinga sama ada bayi lelaki atau perempuan. Azan sahaja tanpa iqamat juga sudah memadai."[5]

Wallahu'alam.


Rujukan:

[1] Ustaz Umar Muhammad Nor. Majalah al-Ustaz Isu 09: Hukum Hakam Kehamilan Dan Kelahiran: Fiqah Hadis; Hadis Azan Di Telinga Bayi
[2] Imam as-Suyuti, kitab Tadrib al-Rawi
[3] Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila iqamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat." 
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0642).
[4] Ustaz Mohd Khafiz Soroni. (2013), Q&A Isu 15: Aku dan Hadis; Hadis Azan di Telinga Bayi m/s 78-79, Selangor Darul Ehsan: Galeri Ilmu Sdn Bhd.
[5] Ustaz Azhar Idrus (2012), Q&A Isu 3: Celak Mata m/s 82-83, Selangor Darul Ehsan: Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Rabu, 13 November 2013

Hukum Bermusafir Ketika Puasa

Soalan:

Apa hukum bermusafir ketika berpuasa?

Jawapan:

Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin[1] menggariskan hukum berkenaan musafir yang mahu berbuka puasa (Ramadan):-

1. HARAM : Bermusafir kerana tidak mahu berpuasa.
2. WAJIB: Bermusafir itu memberatkan diri.
3. MAKRUH: Perjalanan itu memberatkan dirinya, tetapi tidak seberapa.
4. HARUS: Tidak memberatkan diri. (Boleh pilih sama ada mahu berbuka atau tidak mahu)

Orang yang harus berbuka puasa itu pula harus berbuka dengan makan ataupun jimak. Demikian pandangan daripada Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Shafie. Adapun bagi pandangan Imam Ahmad, tidak harus si musafir berbuka puasa dengan jimak.[2]

Orang yang bermusafir itu wajib meng-qada'kan puasanya sahaja. Tidak perlu membayar fidyah.[3]
 

MUSAFIR KETIKA PUASA SUNAT

Dan perlu diingatkan bahawa, hukum diatas untuk yang bermusafir ketika bulan Ramadan. 
Adapun orang yang berpuasa sunat boleh untuk membatalkan puasanya pada bila-bila masa sahaja. Hukum menamatkan puasa sunat ialah makruh dan sunat menggantikannya.[4]


Rujukan:

[1] Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin. Hukum-Hukum Fiqh Mengenai Thaharah, Solat, Puasa Dan Mengurus Jenazah
[2] Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya: Bahagian 2: Bab 1; Pengenalan Puasa, Syarat Sah dan Wajib Puasa m/s 42
[3] Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya: Bahagian 3: Bab 1; Pengenalan Qada, Fidyah dan Kafarah
[4] Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya: Bahagaian 1 Bab 6; Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa m/s 80

Nabi Muhammad Buta Huruf?

Soalan:

Betulke Nabi S.AW. buta huruf?

Jawapan:

Allah SWT berfirman didalam al-Quran[1]

 (وَمَا كُنتَ تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَـٰبٍ۬ وَلَا تَخُطُّهُ ۥ بِيَمِينِكَ‌ۖ إِذً۬ا لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ (٤٨

"Dan kamu tidak pernah membaca sebelum al-Quran sesuatu kitab pun dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu, andai kata kamu pernah membaca dan menulisnya, benar-benar ragulah orang yang mengingkarimu."

Ayat ini menjadi dalil bahawa, Nabi Muhammad tidak dapat menulis al-Quran  sebab beliau adalah ummi (tidak dapat membaca dan menulis).[2] Kalaulah Nabi Muhammad pandai menulis nescaya orang kafir akan meragui kesucian al-Quran. Bagaimana orang yang tidak tahu menulis dan membaca boleh mencipta "syair" yang begitu indah?



Rujukan:

[1] Surah al-Ankabut ayat 48
[2] Faisal Abdur Rahman, Tuhan Untuk Semua

Keluar Mazi Ketika Berpuasa

Soalan:

Apa hukum keluar air mazi hari ini (berpuasa)? Saya tidur, mimpi. Tidur balik, mimpi. Tidur lagi, mimpi jugak.

Jawapan:

Tidak mengapa terkeluar air mazi secara tidak sengaja atau terlupa.[1] Yang menjadi permasalahan ialah jika mengeluarkan air mazi dengan sengaja secara langsung seperti bercium atau berpelukan dengan isteri.

Menurut mazhab Shafie dan Hanafi, tidak membatalkan puasa jika keluar air mazi mahupun air mani kerana melihat atau berkhayal tentang perkara yang menaikkan syahwat. Adapun menurut mazhab Hambali dan Maliki, perbuatan sengaja tersebut adalah membatalkan puasa.[2]

Rujukan:

[1] Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya: Bab 6; Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa m/s 69
[2] Ahmad Adnan Fadzil. A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya: Bab 6; Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa m/s 58

Hukum Melihat Perkara Lucah Ketika Berpuasa

SOALAN:

Saya terlihat sesuatu perkara lucah di televisyen dan sampai sekarang saya tidak mengqada puasa saya yang terbatal itu. Mohon penjelasan.

JAWABAN:

Berkata Sayyid Muhammad Amin bin Idrus dalam Marhaban Ya Ramadhan,

"Termasuk dari tipu daya syaitan adalah melihat gambar atau film porno, baik dari majalah, televisyen, video, VCD, internet dan media lainnya. "[1]

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi menyatakan bahawa[2]:

"Umat Islam, sama ada berpuasa atau tidak, hendaklah sentiasa takut kepada Allah. Dia perlu mengelakkan diri daripada perbuatan yang dilarang oleh agama seperti menonton filem lucah sama ada gambar bogel, separuh bogel, program yang terkutuk atau apa-apa sahaja yang disiarkan..."

Hukum melihat perkara lucah secara tidak sengaja adalah dimaafkan.

Adapun hukum melihat perkara lucah tidaklah membatalkan puasa kerana perbuatan itu seumpama mimpi.[3]

Perkara yang memusnahkan pahala puasa dipanggil sebagai محبطات muhbithat. Antara perkara yang memusnahkan pahala puasa adalah melihat sesuatu yang haram atau sesuatu yang halal dengan rasa syahwat iaitu mengambil kelazatan dengan penglihatan.[4]

Sabda Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam:

خَمْسٌ يُفْطِرْنَ الصَّائِمَ الكَذِبُ وَالْغِيْبَةُ وَالنَّمِيْمَةُ وَالْيَمِيْنُ الْكاَذِبَةُ وَالنَّظَرُ بِشَهْوَةٍ

“Lima perkara yang membatalkan (pahala) orang yang berpuasa; dusta, ghibah, adu domba, sumpah palsu dan melihat dengan syahwat."

(Hadis Riwayat Imam ad-Dailami)


SOALAN:

Assalamualaikum boleh saya nak tanya? Saya agak kurang faham yang atas tu. Jadi kiranya melihatnya dengan sengaja/tak sengaja puasa tidak batal lah ye? Ke macam mana? Atau batal? Ataupun ia akan batal apabila kita melihatnya sambil onani? Mohon penjelasan.

JAWABAN:

Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas soalan yang baik. Maafkan saya atas kelemahan yang telah saya zahirkan.

Orang yang melakukan onani untuk tujuan melepaskan syahwatnya ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibenarkan oleh agama.[5] Menurut sebuah dapatan, onani akan menyebabkan implikasi mati pucuk dan cepat klimaks.[6] Risau kita lebih gemar untuk beronani berbanding mendapat pahala menggauli pasangan. Ada pendapat yang mengaitkan onani dengan penyakit seumpama buta, gangguan saraf, mudah lupa dan seumpamanya, namun pakar-pakar perubatan menolak pandangan-pandagan ini. Walau bagaimanapun, Islam tidak hanya melihat pada sudut fizikal tetapi turut memandang aspek spiritual.[7]

Berkenaan dengan melihat perkara lucah pula, kajian pakar Psikologi dari Amerika menyatakan bahawa, orang yang teransang melihat iklan lucah boleh menyebabkan buta dalam beberapa saat dan itu boleh menyebabkan kemalangan berlaku.[8]

Dalam mazhab Syafi'i, seseorang yang mengeluarkan mani dengan sengaja sama ada menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri adalah membatalkan puasa. Manakala perbuatan onani tanpa keluarnya mani TIDAK membatalkan puasa akan tetapi perbuatan tersebut adalah berdosa.[9] Onani adalah perbuatan yang berdosa walau dilakukan diluar bulan Ramadan.

Perbuatan melihat video lucah juga TIDAK membatalkan puasa, akan tetapi perbuatan tersebut boleh membatalkan PAHALA puasa.


SOALAN:

Kalau dia tengok video lucah dengan sengaja tanpa beronani dan keluar air mazi. Selepas itu, dia terus mandi wajib ketika puasa. Adakah itu batal?

JAWABAN:

Mengeluarkan mazi sama ada sengaja atau tidak sengaja TIDAK membatalkan puasa menurut dalam mazhab Imam asy-Syafi'i. 

Jika sudah keluar air mazi, saudara/ saudari tidak perlu mandi wajib.[10] Air mazi ialah air yang putih lagi nipis yang keluar dari kemaluan bukan dengan sebab syahwat yang kuat.[11] Apa yang perlu dilakukan oleh saudara/saudari adalah membasuh kemaluan tersebut kerana air mazi adalah najis mutawassitah.[12] 

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali RadiyAllahu 'anhu:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً وَكُنْتُ اسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لِمَكَانِ ابْنَتِهِ
 فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ. فَسَأَلَهُ فَقَالَ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ، وَيَتَوَضَّأُ

"Adalah aku seorang lelaki yang sering keluar mazi, maka aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam, lalu aku suruh Miqdad bin Aswad menanyakan kepada Baginda. Maka Miqdad pun menanyakannya. Lalu Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk."
(Hadis Riwayat Muslim)


Adapun jika keluar mani semasa menonton video lucah tanpa melakukan onani adalah tidak membatalkan puasa menurut mazhab Syafi'i dikiaskan kepada mimpi. Jika keluar mani disebabkan mimpi adalah tidak membatalkan puasa. Begitu juga dengan khayal akan tetapi perbuatan berkhayal perkara yang tidak elok adalah berdosa.

Setelah puasanya terbuka disebabkan bukan keuzuran syarak seperti keluar mani akibat onani, maka dia wajib juga imsak menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dalam bulan Ramadan.


KESIMPULAN:

1. Perkara lucah adalah melibatkan nikmat mata yang disalah gunakan. Akses kepada bahan lucah ini seperti di majalah, televisyen dan internet. Jika melihat dengan sengaja BERDOSA dan tidak membatalkan puasa tetapi mengurangkan pahala puasa. Adapun jika tidak sengaja maka dimaafkan.

2. Dalam mazhab Syafi'i, jika seseorang mengeluarkan air mani dengan sengaja maka membatalkan puasa. Sama ada mengeluarkan mani menggunakan tangan sendiri atau tangan orang lain seperti isteri.

3. Perbuatan onani pula tidak membatalkan puasa melainkan jika setelah keluarnya mani. Namun begitu, dosa itu sudah dikira sewaktu dia mula-mula melakukan onani pada waktu tersebut.

4. Keluar air mani menyebabkan perlu mandi wajib. Adapun jika keluar air mazi,  tidak akan membatalkan puasa walau mengluarkan air mazi secara sengaja. Keluar air mazi tidak mewajibkan mandi. Namun, wajib bagi dirinya membersihkan kemaluan kerana air mazi adalah najis.

5. Orang yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa setelah puasanya terbatal. Berdosa jika dia melakukan perkara yang membatalkan puasa walau dia telah terbatal puasa dalam bulan ramadan.

Bulan puasa boleh latih diri dari melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Baca kisah keinsafan seperti kisah yang berlaku kepada Tha'labah bin Abdul Rahman seperti yang dimuatkan didalam kitab Mukhtasar Kitab at-Tawwabin. Tha'labah malu bertemu Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam hanya kerana beliau terlihat aurat perempuan walau tak sengaja. Jom kita bertaubat.

Kami tutup perbincangan ini dengan sepotong nasihat dari Imam al-Ghazzali (w. 505H) didalam Bidayatul Hidayah:


"Kamu tidak akan mampu menjaga kemaluanmu melainkan dengan menjaga mata daripada pandangan yang haram, menjaga hati daripada berfikir yang tidak baik dan menjaga perut daripada perkara syubhat dan kenyang kerana semua ini ialah penggerak dan penyubur syahwat.[13]

Allahu'alam.


RUJUKAN:

[1] Muhammad Amin bin Idrus (____), Marhaban Ya Ramadan, Rabitah An-Nur Resources, hal. 71
[2] Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin, Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz. Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi: Melakukan Perkara Sia-Sia
[3] Ahmad Adnan Fadzil (2013), A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya., Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. hal. 58
[4] Habib Hasan bin Ahmad, Fiqh Puasa Kupasan Menurut Mazhab Syafi'e, Selangor: Sunan Publsihing Sdn. Bhd. hal. 45-47
[5] al-Qaradhawi; Yusuf bin Abdullah (2014), Halal Dan Haram Dalam Islam, Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. hal. 305-306
[6] Ismail Tambi (Dr) (2008), Terapi Perkahwinan, Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd. hal. 39
[7] Danial Zainal Abidin (Dr) (2016), Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden, Selangor: Publishing House Sdn. Bhd. Hal. 217-218
[8] Danial Zainal Abidin (Dr) (2010), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd. hal. 144
[9] https://www.youtube.com/watch?v=PbMV2bp92Ag
[10] https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2613-al-kafi-813-hukum-duduk-di-atas-katil-yang-terdapat-air-mazi
[11] Said bin Ibrahim (1999), Fiqh Mazhab Syafi'i, Kuala Lumpur: Darul Ma'rifah. 1/141
[12] Muhadir Haji Joll (2018), Misbahud Duja Syarah Safinah an-Naja, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hal. 202
[13] al-Ghazzali; Muhammad bin Muhammad (2017), Bidayatul Hidayah, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. hal. 100



Selasa, 12 November 2013

Hukum Menonton Wayang

Soalan:

Apa hukum kalau saya seorang lelaki dan kawan perempuan keluar berdua untuk pergi menonton wayang?

Jawapan:

Hukum menonton wayang itu bergantung kepada apa yang ditonton. Jika sekiranya yang ditonton perkara yang menyalahi syarak dan diharamkan oleh Islam maka haram menontonnya tetapi jika yang ditonton tidak menyalahi hukum syarak maka harus menontonnya dengan syarat tidak lalai dari mengerjakan ibadah dan perintah Allah yang lain.[1]

Dr.Yusuf al-Qaradawi ada menggariskan beberapa panduan jika kita ingin menonton wayang[2]:

1. Filem tersebut bersih dari kefasikan, dan semua hal yang dapat melenyapkan aqidah, syariat dan kesopanan Islam.

2. Tidak melupakan kewajiban dunia atau akhirat.

3. Jangan sampai terjadi persentuhan dan percampuran antara lelaki dan perempuan lain, demi menjaga fitnah dan menolak syubhat. Lebih-lebih lagi, filem ditayangkan ditempat yang gelap.

Adapun tentang perkara yang kedua, iaitu hukum lelaki keluar berdua dengan perempuan tanpa ada yang ketiga maka hukumnya adalah haram. Begitu juga haram sekiranya mereka keluar bertiga tetapi orang yang ketiga itu daripada kalangan yang tidak disegani seperti kanak-kanak berusia dua tahun kerana kewujudannya sama seperti tidak wujud.[3]

Nabi Muhammad memberi guideline, "Janganlah seorang perempuan perempuan bermusafir kecuali bersama mahramnya. Dan janganlah seorang lelaki masuk ke dalam rumah seorang masuk ke dalam rumah seorang perempuan kecuali bersamanya ada mahram." (Hadith Riwayat Bukhari)



Allahu'alam

Rujukan:

[1] Dato Ismail Kamus. Majalah al-Ustaz Isu Perdana: Fiqah Harian; Menonton Wayang, Apa Hukumnya?
[2] Dr. Yusuf al-Qaradawi. Halal dalam Haram dalam Islam.
[3] Ustazah Maznah Daud. Majalah Q&A Isu 20: Fiqh an-Nisa; Berdua Tanpa Mahram.

Isnin, 11 November 2013

Hukum Mencukur Janggut

Soalan:

Nak shave janggut boleh?

Jawapan: [1]

Orang yang biasa mencukur janggut ini diterangkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani didalam kitabnya Fathul Bari dalam bab memelihara janggut ialah orang-orang majusi, mereka itu biasa mencukur janggut mereka.

Dalam hadith Riwayat Bukhari, Nabi menyuruh kita berbeza dengan orang-orang musyrik, Nabi suruh kita memelihara janggut dan mencukur misai.

Nabi kata, "Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai."

Bukan bererti tidak boleh langsung memotong janggut. Kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan panjang akan kelihatan jijik dan dapat mengaggu pemiliknya. Maka boleh dipotong janggut yang berada dalam keadaan sedemikian

Ulama berbeza pendapat tentang masalah mencukur janggut.

1. HARAM: pendapat dari Ibn Taimiyyah.
2. MAKRUH: pendapat dari Iyadh.
3. MUBAH: pendapat kebanyakan ulama kini.

Terpulang bagi kita nak ikut pendapat yang mana. Namun perlu difahami, ulama salaf tidak mencukur janggut kerana bagi mereka memelihara janggut waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

Wallahu'alam.

Rujukan:

[1] Dr.Yusuf al-Qaradawi, Halal wa Haram fi al-Islam.

Khamis, 7 November 2013

Musafir pada Solat Jumaat

Soalan:

Adakah musafir diwajibkan untuk solat Jumaat?

Jawapan:

Kita bincangkan hukum bermusafir pada hari Jumaat[1]

1. Musafir pada hari Jumaat SEBELUM SUBUH:

Harus bermusafir pada hari Jumaat sebelum subuh tanpa khilaf.


2. Musafir pada hari Jumaat waktu HAMPIR masuk waktu ZOHOR:

Harus bermusafir jika terdapat masjid dipertengahan musafir untuk menunaikan solat Jumaat.


3. Musafir pada hari Jumaat SELEPAS SUBUH:

Harus bermusafir jika terdapat masjid dipertengahan musafir untuk menunaikan solat Jumaat. Ini merupakan pandangan daripada mazhab Shafie.



Rujukan:

[1] Ahmad Adnan Fadzil, 60 Jawapan Bagi Soalan Anda; Bermusafir Pada Hari Jumaat


Selasa, 5 November 2013

Siapa Yang Kita Cintai?

Soalan:

Ada orang cakap, kalau kita minat sangat dekat pelakon/penyanyi/artis tu, sampai jadikan idola, kalau dia masuk neraka, kita akan bersama dia. Kalau dia masuk syurga, kita akan bersama dia. Lebih kurang camni lah.

Jawapan:

Hadith yang dimaksudkan[1] ialah:

  الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

"Seseorang akan bersama dengan orang yang ia kasih"

Berkata Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah[2];

"Manusia akan bersama dengan siapa yang ia kasih di alam barzakh mahupun di alam akhirat. Allah akan mempertemukan ruh-ruh antara satu sama lain di alam barzakh dan di hari pengembalian (Hari Qiamat) sebagaimana yang telah diterangkan di dalam hadis. Ruh seorang mukmin akan digolongkan Allah bersama ruh manusia-manusia yang baik yang menyamai ruhnya. Kesimpulannya, satu ruh selepas berpisah dengan badan akan bersama-sama ruh-ruh sepertinya, yang menjadi saudara-saudaranya dan yang beramal sepertinya, maka menjadilah ia bersama mereka disana (yakni di alam barzakh dan alam akhirat.)"

#Siapa yang kita chentai?  Adakah Rasulullah atau artis? Jangan terkejut bila kita bangkit-bangkit dari kubur kita jumpa...."Eh, ada artis lah!"

Rujukan:

[1] Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari
[2] Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 60 Jawapan Bagi Soalan Anda: Adakah Ruh-Ruh Saling Berjumpa?

Isnin, 4 November 2013

Hukum Perempuan Cukur Bulu Kaki

Soalan:

Hukum perempuan cukur bulu kaki haram kan?

Jawapan:

Perkara ini tidak ada didalam nas yang mengatakan Haram mencukur bulu kaki, yang ada Nabi melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka, meminta orang lain mencukur atau mencabut orang perempuan punya bulu kening. Begitu juga haram wanita mengasah gigi supaya kelihatan cantik. [Mahfum Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud]

Perkara ini perkara khilaf. Kita menghormati pandangan ulama-ulama. Ada yang mengatakan hukumnya haram[1] kerana perbuatan menghilangkan bulu kaki (dan tangan) bukanlah termasuk dalam perkara yang disunatkan untuk dicukur.

Kalau sekiranya bulu kaki perempuan yang sudah berkahwin itu panjang, ulama ada dua pendapat[2]:

1. Suami perlu reda (tidak boleh mencukur bulu kaki). ATAU;
2. Hukum asal kejadian perempuan adalah tidak panjang bulu kakinya (Boleh mencukur bulu kaki).

Ustaz Azhar Idrus menambah, "Begitu juga kalau bulu kaki perempuan sudah menyerupai lelaki maka potonglah kerana ia jadi kurang molek. Jadi jangan risau pasal mencukur bulu kaki selagi kita tak dedah aurat nak pakai skirt nak tunjuk kat orang."[3]


Rujukan:

[1] Ustazah Zawiah Hassan, Ustaz Rohayati Bakri, 501 Persoalan Fikah Wanita
[2] Ustaz Mohammad Fadhlan-Hukum Wanita Cukur Bulu Kaki
[3] Ustaz Azhar Idrus- Hukum Perempuan Cukur Bulu Kaki

Ahad, 3 November 2013

Langit Dahulu Diciptakan atau Bumi Dahulu Diciptakan?

Soalan:

Dalam al-Quran juga Allah Taala sebut dalam surah al-Baqarah ayat 29, Allah Taala cerita tentang (kejadian) bumi dahulu kemudian baru langit. Kemudian dalam surah an-Naziat (ayat 27-30) pula terbalik pula, langit dahulu baru bumi. So mungkin Dr. boleh terangkan.

Jawapan: [1]

Bagus. Bagus.

Surah al-Baqarah Allah mengatakan Allah mencipta bumi dahulu kemudian langit.

Surah an-Naziat Allah sebut Allah cipta langit dulu kemudian bumi. Ini antara ayat yang memang memerlukan adab tafsir yang mendalam untuk memahami.

Ayat ini diantara ayat yang Dr.Danial jadikan fokus perbincangan dalam kitab Quran Saintifik. Quran Saintifik, ayat ini nampak tak saintifik. Bumikah yang dicipta dahulu, langitkah?

Bila kita sebut bumi, kita faham objek bernama bumi, the earth.
Bila kita sebut langit iaitu objek-objek dilangit, yang paling banyak bintang-bintang, kemudian ada komet, ada meteor dan sebagainya. Ini objek-objek. Jika bumi, objek yang boleh kita lihat, kaji. Langit pun ada objek yang boleh kita lihat, kaji.

Mana satu dulu? Maka ayat yang paling menonjol sebagai mana yang disebutkan oleh as-Syeikh Said Hawwa dalam kitab al-Asas fi Tafsir. Kemudian saya merujuk kepada Tafsir al-Azhar oleh HAMKA, saya sebutkan (kitab tafsir) tadi itu paling simple, nak faham ayat. Rujuk pada kitab tafsir yang sah.

Selepas saya merujuk dua kitab tafsir ini, maka yang kuat sekali di sudut bahasanya, surah an-Naziat.

Ayat-ayat yang awal menceritakan, Allah mengatakan[2] وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا .

Allah sebut langit بَنَٮٰهَا : dibina. Pembinaan langit mengaitkannya dengan kejadian bintang-bintang sebagai contoh; kejadian bintang-bintang memerlukan dua gas yang penting: nitrogen dan helium.

Disamping habuk kosmik ataupun cosmic dust ini habuk-habuk kosmik, habuk-habuk diatas sana kesan
ledakan bintang-bintang tertentu dengan ledakan yang dipanggil supernova, bintang pada tarikh hayatnya, tarikh luputnya. Bila sampai ke tarikh itu dia meledak sedangkan itu melahirkan comsic dust : habuk kosmik itu akan melahirkan bintang-bintang baru. Bergabung dengan gas nitrogen dan helium.

Maka Allah bina langit بَنَٮٰهَا . Kemudian kata ayat kemudian,  وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ دَحَٮٰهَآ .

Kalimah itu kalimah jelas bahasa arab. Nak tafsir al-Quran kena rujuk pada bahasa arab yang jelas.

Maka surah an-Naziat dengan jelas mengatakan وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ. Selepas Allah sebut langit dibina, Allah sambung  وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ : "dan bumi selepasnya". Sebelumnya Allah sebut pembinaan langit, dan bumi selepas itu. Ertinya selepas pembinaan langit barulah dihamparkan دَحَٮٰهَآ (ke bumi) Sebab itu ulama mengatakan langit dicipta dahulu dan itulah penemuan semasa.

Alam ini bermula lebih kurang 13.7 bilion tahun dahulu. Maka dia bermula, kemudian lahirlah bintang-bintang mengisi langit, mengisi kosmik dan 5 bilion terdahulu lahirlah matahari. 4.5 bilion tahun terdahulu lahirlah bumi, selepas kelahiran matahari.

Surah al-Baqarah menyebutkan tentang, Allah sebut langit sawwa (سَوَّٮٰ) : disempurnakan kejadiannya selepas bumi. Jadi (سَوَّٮٰ  bermaksud) penyempurnaan.

Jadi tak mustahil semua itu iaitu ketika bumi dicipta selepas bintang-bintang yang menghuni kosmik, menghuni langit tetapi kejadian langit belum sempurna. Malah selepas kejadian bumi, ada lagi bintang-bintang yang dilahirkan. Itu tafsir Said Hawwa.

Jadi, langit (dijadikan) dahulu; bintang-bintang sebagai contoh. (Kejadian) Bumi, kemudian langit masih bersambung.

Al-Baqarah bercakap tentang langit bersambung. An-Naziat (pula menyatakan), langit dahulu kemudian bumi. Al-Baqarah dan an-Naziat tidak bercanggah. Itu kepentingan kita faham al-Quran berdasarkan metodologi yang betul, barulah kita nampak.

InsyaAllah.


Rujukan:

[1] Dr.Danial Zainal Abidin
[2] Surah as-Syams 91:5

Sabtu, 2 November 2013

Nabi Mana Dahulu Beriman?

Soalan:

Berkenaan dengan surah al-An'am ayat 14, Allah Taala kata Muhammad ni yang dulu Islam kemudian dalam surah al-'Araf ayat 143, Nabi Musa dulu yang beriman (Islam). So mungkin Dr.(Danial Zainal Abidin) boleh terangkan dua maksud ayat ini.

Jawapan: [1]

Surah al-An'am menyatakan Nabi Muhammad beriman kemudian surah yang lain mengatakan Nabi Allah Musa. (Seolah-olah berlaku percanggahan dalam al-Quran, sebenarnya tidak!)

Ketika kita bicarakan tentang al-Quran dan tafsirannya, maka pertama sekali ayat al-Quran paling baik ditafsirkan berpandukan  ayat al-Quran yang lain. Itu adab nombor satu. Ataupun ayat al-Quran ditafsirkan mengikut hadis-hadis yang sahih

Ayat al-Quran cara ketiga ditafsirkan mengikut ijtihad para sahabat.

Ayat tentang Muhammad itu Muslim; ana (Nabi Muhammad) awwal (Islam)[2], kalimah awwal (أَوَّلَ). Nak tekankan perkataan Awwal. Awwal (أَوَّلَ) di sini dalam konteks 'era'. Era di era Nabi Muhammad S.A.W, "akulah orang pertama muslim." Itu tafsirannya.

Sebab apa? Merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang lain.

Merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang lain kita lihat setiap Rasul mereka muslim, setiap rasul mulia. Dan setiap Rasul membawa mesej dasar yang pertama,apa dia mesej [3],

                                     

Setiap umat diberikan Rasul dengan mesej sembah Allah, jauhi taghut. Maka orang pertama yang beriman dengan mesej itu siapa? Sembah Allah, orang pertama yang beriman dengan Allah dan sembah Allah.

Siapa? Rasul yang membawa.

Nabi Musa orang pertama beriman, di era baginda. Nabi Muhammad S.A.W beriman, orang pertama beriman di era baginda sendiri.


Rujukan:

[1] Suntingan daripada kuliah Dr.Danial Zainal Abidin
[2] Surah al-An'am ayat 163
[3] Surah an-Nahlu 16:36

Rabu, 30 Oktober 2013

Allah itu tidak adil?

Soalan:

Kalau ada non-muslim tanya kepada akhi, "Kalau Allah itu Maha Adil pada hambaNya, kenapa Dia tak masukkan Non-Muslim dalam syurga juga? Non-Muslim juga hambaNya kan?" Akhi jawab apa?

Jawapan:

Saya bagi dua contoh anologi mudah.

CONTOH [1]:

A ialah Boss kepada syarikat X.
B ialah pekerja yang sangat rajin, selalu datang kerja awal.
C ialah pekerja yang pemalas, selalu datang lewat kerja.

Namun, disebalik kerajinan B, B secara senyap-senyap telah mengambil duit syarikat X milik A secara sedikit demi sedikit. A apabila tahu B telah mengambil 'songlap' duit syarikat, A tidak memberi gaji kepada B malah membuat laporan dan menghantarnya di Balai Polis.

Walaupun hakikatnya A tahu B seorang yang rajin dan selalu datang awal ke tempat kerja namun disebabkan B telah mengingkari perintah A. Maka A tidak memberinya gaji malah menghantarkannya ke Balai Polis.

Begitu pula dengan C. Walaupun C malas buat kerja dan selalu datang lewat ke kerja. Tetapi disebabkan dia tidak mengingkari undang-undang syarikat X milik A maka A tidak membuang C dari syarikat cuma mengurangkan gaji C atas sifat malas dan datang lewat ke tempat kerja.

B ialah gambaran bagi non-muslim yang mengingkari tugas sebagai seorang hambaNya. Walaupun dia rajin, walaupun dia banyak ibadat tetapi sebab dia mengingkari perintah Allah maka dia tak dapat masuk syurga.

C pula gambaran bagi Islam yang malas beribadat. Makin malas beribadat maka makin kuranglah "level" syurga yang diperolehi.


CONTOH [2]:

A merupakan seorang pekebun.

B merupakan seorang penganggur.

C pula merupakan Boss kepada A.

B suka membantu A berkebun.

Apabila A mendapat gaji, B merungut kerana tidak dapat gaji daripada C, Boss kepada A. B menyatakan bahawa B seorang yang rajin dan banyak membantu A berkebun di kebun milik C.

Namun C menyatakan bahawa B bukan pekerja pekebun milik C, sebab itu C tidak memberikan B gaji seperti mana C memberikan gaji kepada A.

Gambaran:

A itu ialah orang yang Islam.
B itu ialah gambaran orang yang belum Islam.

Wallahu'alam


Rujukan:

[1] Faisal Abdul Rahman. Tuhan Untuk Semua.
[2] Suntingan daripada Kuliah Ustaz Fitri Bin Abdullah

Selasa, 29 Oktober 2013

Qada Solat Lepas Asar

Soalan:

Lepas asar tu boleh qadha' solat yang lain-lain tak? Solat yang tak boleh time waktu Haram tu apa?

Jawapan: [1]

Boleh melaksanakan qadha' solat termasuk qadha solat sunat pada bila-bila waktu tanpa ada waktu haram untuk bersolat.

Solat yang diharamkan ketika waktu haram ialah:

1. Solat sunat sebab terkemudian:

* Solat sunat Ihram.
* Solat sunat Istikharah.
* Solat sunat Keluar dari rumah
* Solat sunat Musafir
* Solat sunat Hajat

2. Solat sunat mutlak


Solat yang TIDAK DIHARAMKAN ketika waktu haram pula ialah:

1. Sunat sabab mutaqaddim (sebab terdahulu iaitu kita buat sesuatu perkara yang disunatkan solat sunat)

* Solat Sunat Wuduk
* Solat Sunat Tahiyatul Masjid

2. Sunat muqarran (sebab bergandingan)

* Solat Gerhana Matahari
* Solat Gerhana Bulan

Adapun, waktu-waktu yang TERKECUALI daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan TEMPAT dan WAKTU.

1. Masjidil Haram
2. Dari waktu kedudukan matahari berada di tengah-tengah langit  (Istiwa) sehingga condongan matahari di tengah-tengah langit (zawal)

Wallahu'alam.

Rujukan:

[1] Ustaz Azhar Idrus. Majalah Q&A isu 16: Celak Mata; Waktu Haram Solat

Tidak Solat Sebab Sibuk

Soalan:

Bolehkah seseorang meninggalkan solatnya dan menggantikannya kerana sibuk dan tiada masa disebabkan melayan kawan-kawan?

Jawapan: [1]

Ulama menyatakan bahawa:

"Kalau orang yang meninggal(kan) solat dengan alasan sibuk dalam urusan hariannya, maka tanggunglah sendiri akibatnya."

Nabi menyuruh qadha'kan solat bagi orang yang tertidur dan terlupa seperti mana disebut didalam hadith:

"Sesiapa yang tidur hingga tertinggal solat atau terlupa bersolat hendaklah melakukannya apabila telah teringat..."[2]

Dalam hadith ini jelas Nabi menyuruh mengqadha'kan solat bagi orang yang tertidur dan terlupa. Apatah lagi kalau ditinggalkannya dengan sengaja.

Bagi sesiapa yang sudah melakukannya maka kembalilah dan bertaubatlah kepada Allah. Jangan diulangi kesilapan yang lalu.

Rujukan:

[1] Ustaz Ishak Din al-Khairi, Dato' Abu Hasan Din al-Hafiz. Menjawab Kemusykilan Ibadah Solat
[2] Hadith Riwayat Bukhari no.572 dan Hadith Riwayat Muslim no.684

Qada Solat Subuh

Soalan:

Kalau terlepas solat subuh nak qadha' macam mana? Boleh? Ana ni selalu terlepas subuh. Qadha' solat bila-bila masa je boleh kan? Saudara saya kata tak boleh. Dia kata kalau qadha' isyak, kena qada masa subuh. Qadha' zuhur kena masa asar.

Jawapan:

Mungkin dia ingat haram mengqadha'kan solat pada waktu yang haram. Sebenarnya menurut ulama[1], boleh melaksanakan qada' solat pada bila-bila waktu tanpa ada waktu haram untuk bersolat.

Nabi sendiri menyuruh kita menyegerakan qadha' solat sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu solat, hendaklah bersembahyang apabila dia teringat”.[2] Begitu juga terdapat hadith Riwayat Turmuzi[3], menyatakan:

"Maka apabila seseorang kamu terlupa akan solatnya atau kerana tertidur daripada solat, maka bersolatlah apabila kamu teringatkannya."

Nabi juga memberikan spesifik kepada orang yang tertidur untuk mengqadha'kan solat kerana tertidur ataupun terlupa, kata Nabi Muhammad S.A.W:

"Sesiapa yang tidur hingga tertinggal solat atau terlupa bersolat hendaklah melakukannya apabila telah teringat. Tiada kaffarah untuknya selain demikian."[4]

Kalimah 'Tiada kaffarah untuknya selain demikian" bermaksud solat fardhu yang tertinggal wajib diqadha'kan walaupun beberapa banyak dan beberapa lama solat telah ditinggalkan.[5]

Dan terdapat juga hadith bahawa Nabi bersolat pada waktu luput subuh[6].

"Kami beserta Nabi S.A.W. telah berhenti untuk tidur dan berehat, lalu kami tidak terjaga melainkan setelah matahari terbit (waktu subuh telah luput)... Kemudian Nabi minta didatangkan air lalu baginda mengambil wuduk, kemudian mengerjakan solat (sunat) dua rakaat (subuh). Kemudian apabila dilaungkan iqamah, baginda menunaikan solat subuh."

Sebuah hadith Riwayat Bukhari dan Muslim memuatkan[7], walaupun waktu subuh telah habis, Nabi Muhammad mengqadha'kan solat subuhnya dan ini menunjukkan tidak haram bersolat pada waktu larangan. Nabi juga pernah mengqadha solat sunat selepas zuhur kerana Nabi tidak dapat mengerjakan solat sunat selepas zuhur disebabkan kehadiran beberapa orang dari puak 'Abdil Qais telah datang memeluk Islam. Maka Nabi mengqadha'kan solat sunat selepas zuhur Nabi selepas solat asar (waktu yang diharamkan solat kerana perbuatan). Jika Nabi mengqadha'kan solat sunat, maka lebih utama jika mengqadha'kan solat yang fardhu.

Wallahu'alam


Rujukan:

[1] Ustaz Azhar Idrus. Majalah Q&A isu 16: Celak Mata; Waktu Haram Solat
[2] Hadith Riwayat Muslim no.680
[3] Ustaz Mohammad Nizam Abdul Kadir al-Jarumi. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang SOLAT Tapi Anda Malu Bertanya...
[4] Hadith Riwayat Bukhari no.572 dan Hadith Riwayat Muslim no.684
[5] Dr.Mustafa al-Khin, Dr.Mustafa al-Bugha, 'Ali al-Syarbaji. Manhaj Fiqh Al-Syafie
[6] Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. 60 Jawapan Bagi Soalan Anda
[7]  Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. 60 Jawapan Bagi Soalan Anda

Waktu Haram Bersolat

Soalan:

Ada dua masa yang kita haram solat kan? Waktu lepas subuh dan lepas asar. Lepas subuh tu pukul berapa?

Jawapan: [1]

Tiga sebenarnya waktu yang diharamkan solat iaitu:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari kelihatan setinggi sebatang tombak atau lembing iaitu dengan 15 minit dari naiknya matahari.
2. Waktu tengahari.
3. Waktu terbenam matahari.

Mungkin yang dimaksudkan saudara ialah waktu-waktu solat yang diharamkan disebabkan perbuatan iaitu:

1. Waktu setelah mendirikan solat subuh sehingga terbit matahari.
2. Waktu setelah mendirikan solat asar sehingga terbenam matahari.


Rujukan:

[1] Ustaz Azhar Idrus: Majalah Q&A isu 16: Celak Mata; Waktu Haram Solat

Ahad, 27 Oktober 2013

Maksud Bidaah

Soalan:

Apa yang dimaksudkan dengan bidaah dalam syarak? Sebab ada sesetengah pihak melakukan bida'ah kerana bagi mereka Islam ini belum sempurna.

Jawapan:

Bidaah berasal dari perkataan Arab iaitu bida'ah (بدعة). Ibn Manzur dalam menjelaskan perkataan ini menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari kata bada'a yang bererti menciptakan sesuatu yang baru.[1]

Glosari buku soal jawab Ustaz Muhammad Nizam Abdul Kadir al-Jarumi menerangkan maksud bidaah sebagai pembaharuan atau suatu amalan baru dalam agama (Islam) yang tiada dalam sunnah Nabi S.A.W., walaubagaimanapun ada yang diterima yang dipanggil Bidaah Hasanah dan ada yang ditolak dipanggil Bidaah Dholalah.[2]

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

"Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak." 


(Sahih Muslim no.1718. Daripada Aishah R.anha.)

Maksud "tiada dalam agama Islam" menurut ulama[3] ialah tiada sandaran yang nyata dan tidak nyata dari al-Quran dan as-Sunnah. Dan ulama menambah, perkataan bidaah dalam hadis "setiap bidaah itu sesat"[4] adalah bertentangan dengan empat sumber[5]:

1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Athar Sahabat
4. Ijmak

Jika ia tidak bertentangan dengan empat sumber hukum ini, maka ia adalah bidaah Hasanah. Jika ia bertentangan dengan selain daripada empat sumber hukum ini maka ia adalah bidaah Dholalah.

Bidaah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, padahal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dholalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bidaah hasanah).[6]

Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali menyatakan bahawa tidak semua bidaah itu dilarang atau diharamkan. Bidaah yang dilarang ialah bidaah yang bertententangan dengan agama.[7]

Bukan semua perkara baru itu dikira bidaah. Fadhilatu al-Syaikh al-Muhaddis al-Iskandariyyah, al-Faqqih, al-Mufassir, al-Lughawi Syaikh Muhammad Ibn Ibrahim Ibn Abdul Baith al-Kettani berkata:

"Kesemua amalan yang baru diamalkan pada masa kini tidak boleh dikategorikan sebagai bidaah, tetapi apa yang dimaksukan ialah perkara atau amalan yang buruk dan keji yang menyalahi sunnah dan pentunjuk yang telah digariskan oleh Baginda S.A.W."[8] 

PERKARA DUNIA ITU BIDAAH?

Hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
"Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak."


(Hadis Sahih Muslim no.1718)

Menurut Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad, disebutkan didalam hadis tersebut 'dalam urusan agama kami' memberi maksud perkara dunia tidak termasuk dalam definisi bidaah sekalipun ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.[9]



CONTOH BIDAAH HASANAH

Imam Yahya Sharaf an-Nawawi memberi contoh bidaah yang dianggap baik iaitu persoalan tentang berjabat tangan setelah menunaikan solat. Hukum asal berjabat tangan adalah sunnah ketika bertemu. Namun kini ramai yang terbiasa dengan berjabat tangan lalu menjadikannya adat tetapi hanya pada setiap kali selesai solat subuh dan asar padahal pada masa itu tidak ada dasar dalam syarak yang menentukannya. Namun begitu, Imam an-Nawawi menyatakan bahawa berjabat tangan selepas solat itu tidak mengapa kerana asal hukumnya adalah sunat.[10]


ILMU MANTIK

Berkenaan dengan kalimah  kullu (كل) yang membawa maksud setiap didalam hadith  "setiap  (كل)    bidaah itu sesat". Maka perlu difahami hawa didalam ilmu mantik, perkataan kullu-setiap (كل) terbahagi kepada dua:

1. Kullu Jami'  كل جامع

yang membawa maksud semua, setiap atau keseluruhan.
 
2. Kullu Majmu'  كل مجموع                           

yang membawa maksud sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.

Contoh hadith,

"Setiap (كل anak Adam akan dimakan bumi kecuali tulang sulbi."

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik didalam kitabnya (Imam Malik) al-Muwattho')

Tetapi ada hadith juga menunjukkan bahawa jasad para Nabi tidak akan dimakan bumi.[11] Bahkan ada ketika Allah menyelamatkan jasad para syuhada daripada dimamah bumi.[12] Ini menunjukkan tidak semua (كل) itu merujuk kepada setiap. Setiap (كل) dalam hadith "setiap (كل) bidaah itu sesat" adalah menggunakan Kullu Majmu'  كل مجموع  iaitu merujuk kepada sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.[13]

Begitu juga dengan ayat al-Quran. Allah berfirman:


أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَـٰكِينَ يَعۡمَلُونَ فِى ٱلۡبَحۡرِ فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِيبَہَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ۬ يَأۡخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصۡبً۬ا

(Al-Kahf ayat 79)

Maksudnya[14]:

"Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut dan aku hendak merosakkan bahtera itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap (كُلَّ) bahtera."

Tafsiran kepada ayat ini ayat ini [15]; "Tentang perahu yang aku tebuk lubang itu, sebenarnya ia adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut bagi mencari rezeki. Tetapi, mereka berhadapan dengan seorang raja yang suka merampas perahu yang elok. Jadi, aku menebuk lubang itu supaya ia tidak dirampas oleh raja."

Ya benar, raja memang suka merampas setiap (كل) bahtera tetapi kalau lihat kisah ini, raja tersebut hanya merampas bahtera yang elok sahaja. Bahtera yang tidak elok misalnya yang berlubang raja tersebut tidak akan rampas. Jadi, penggunaan setiap (كل) dalam kisah ini adalah menggunakan Kullu Majmu'  كل مجموع  iaitu merujuk kepada sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.


BIDAAH SEBAB ISLAM BELUM SEMPURNA

Sesetengah pihak melakukan bida'ah kerana bagi mereka Islam ini belum sempurna. Maka ini adalah salah, kerana Islam ini telah sempurna. Islam itu sendiri sempurna bersifat syumul.

"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu".

(Al-Maidah ayat 3)

Didalam dalam al-Quran, nyamuk bahkan yang lebih kecil daripada nyamuk pun disebutkan didalam al-Quran. Bagaimana pula perkara selain nyamuk? Tidak akan perkara yang lebih besar, lebih penting daripada nyamuk tidak di ceritakan oleh Islam? Sebab itu Islam sempurna, meliputi semua perkara. Islam ada politik, Islam ada ekonomi, masyarakat, kekeluargaan, ketuhanan dan meliputi semua perkara. Namun, menjadikan ayat ini semata-mata dalil Islam itu sempurna adalah kurang tepat. Berkata Habib Munzir al-Musawa berkaitan dengan ayat ini:

"Bila yang dimaksud adalah tidak ada lagi penambahan, maka pendapat itu salah, karena setelah ayat ini masih ada banyak ayat ayat lain. turun, masalah hutang dll (dan lain-lain), berkata para Mufassirin bahwa ayat ini bermakna Makkah Al-Mukarramah sebelumnya selalu masih dimasuki orang musyrik mengikuti hajinya orang Muslim, mulai kejadian turunnya ayat ini maka Musyrikin tidak lagi masuk Masjidil Haram, maka membuat kebiasaan baru yang baik boleh saja."[16]

Pemahaman setiap orang adalah berbeza.  Maka kita perlu raikan pendapat ulama-ulama selagi tidak bertentangan dengan 4 perkara tadi. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak disentuh didalam al-Quran namun al-Quran telah menggariskan panduan supaya manusia bertanya kepada yang lebih 'alim jika mereka tidak tahu.[17]


Wallahu'alam

 RUJUKAN:

[1] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM, hlm. 102
[2] Ustaz Mohammad Nizam Abdul Kadir al-Jarumi. Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya....
[3] Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam. 300 Hadis Bimbingan. Selangor Darul Ehsan: Telaga Biru Sdn Bhd. hlm.
[4] Hadith Riwayat an-Nasaie no.1560
[5] Ustaz Muhadir Haji Joll. Majalah Q&A isu 5: Paradigma; Bidaah antara Hasanah dan Dholalah
[6] Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam @ Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman; keterangan Hadis Pertama: Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman. Kedah Darul Aman: Khazanah Banjariah hlm. 10-12
[7] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM, hlm. 103
[8] Q&A Isu 29, Selangor Darul Ehsan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hlm. 19
[9] Majalah Iman Bil 20. Tanya Bila Musykil: Keliru Tentang Bidaah. Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad. m/s 76-77
[10] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM hlm. 104 
[11] "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad para anbiya'. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah, al-Darimi dan Ibn Khuzaimah. Dinilai Hasan oleh Albani didalam Sahih al-Targhib)
[12] Tidak menjadi kemestian jasad setiap syuhada akan terpeliara daripada dimakan tanah. Jika ada pun, ia kemulian khusus  yang dikurniakan kepada jasad tersebut. Kemulian sebegini juga terkadang berlaku kepada jasad orang yang soleh yang kematiannya bukan disebabkan mati syahid. (Mohammad Abdul Kadir Bin Sahak (2013), Biar Tahu Jangan Keliru, Selangor Darul Ehsan: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd, hlm.297)
[13] Ustaz Muhadir Haji Joll. Majalah Q&A Isu 18: Paradigma; Kalimah 'Kullu' Tidak Semestinya Bermakna 'Semua'
[14] Al-Quran al-Karim Terjemahan al-Hidayah
[15] Abdul Razak Muthalib.2013. Hikmah Surah al-Kahfi; Bab 4: Tafsir Ringkas Surah al-Kahfi Ayat 79. PTS Publication. Selangor Darul Ehsan. m/s 67
[16] Habib Munzir al-Musawa, Kenalilah Akidahmu, MajelisRasulullah.org ms 4
[17] An-Nahlu ayat 43