Soalan:
Apa yang dimaksudkan dengan bidaah dalam syarak? Sebab ada sesetengah pihak melakukan bida'ah kerana bagi mereka Islam ini belum sempurna.
Jawapan:
Bidaah berasal dari perkataan Arab iaitu bida'ah (بدعة). Ibn Manzur dalam menjelaskan perkataan ini menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari kata bada'a yang bererti menciptakan sesuatu yang baru.[1]
Glosari buku soal jawab Ustaz Muhammad Nizam Abdul Kadir al-Jarumi menerangkan maksud bidaah sebagai pembaharuan atau suatu amalan baru dalam agama (Islam) yang tiada dalam sunnah Nabi S.A.W., walaubagaimanapun ada yang diterima yang dipanggil Bidaah Hasanah dan ada yang ditolak dipanggil Bidaah Dholalah.[2]
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
"Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak."
(Sahih Muslim no.1718. Daripada Aishah R.anha.)
Maksud "tiada dalam agama Islam" menurut ulama[3] ialah tiada sandaran yang nyata dan tidak nyata dari al-Quran dan as-Sunnah. Dan ulama menambah, perkataan bidaah dalam hadis "setiap bidaah itu sesat"[4] adalah bertentangan dengan empat sumber[5]:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Athar Sahabat
4. Ijmak
Jika ia tidak bertentangan dengan empat sumber hukum ini, maka ia adalah bidaah Hasanah. Jika ia bertentangan dengan selain daripada empat sumber hukum ini maka ia adalah bidaah Dholalah.
Bidaah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, padahal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dholalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bidaah hasanah).[6]

Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali menyatakan bahawa tidak semua bidaah itu dilarang atau diharamkan. Bidaah yang dilarang ialah bidaah yang bertententangan dengan agama.[7]
Bukan semua perkara baru itu dikira bidaah. Fadhilatu al-Syaikh al-Muhaddis al-Iskandariyyah, al-Faqqih, al-Mufassir, al-Lughawi Syaikh Muhammad Ibn Ibrahim Ibn Abdul Baith al-Kettani berkata:
"Kesemua amalan yang baru diamalkan pada masa kini tidak boleh dikategorikan sebagai bidaah, tetapi apa yang dimaksukan ialah perkara atau amalan yang buruk dan keji yang menyalahi sunnah dan pentunjuk yang telah digariskan oleh Baginda S.A.W."[8]

PERKARA DUNIA ITU BIDAAH?
Hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
"Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak."
Menurut Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad, disebutkan didalam hadis tersebut 'dalam urusan agama kami' memberi maksud perkara dunia tidak termasuk dalam definisi bidaah sekalipun ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.[9]
(Hadis Sahih Muslim no.1718)
Menurut Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad, disebutkan didalam hadis tersebut 'dalam urusan agama kami' memberi maksud perkara dunia tidak termasuk dalam definisi bidaah sekalipun ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.[9]
CONTOH BIDAAH HASANAH
Imam Yahya Sharaf an-Nawawi memberi contoh bidaah yang dianggap baik iaitu persoalan tentang berjabat tangan setelah menunaikan solat. Hukum asal berjabat tangan adalah sunnah ketika bertemu. Namun kini ramai yang terbiasa dengan berjabat tangan lalu menjadikannya adat tetapi hanya pada setiap kali selesai solat subuh dan asar padahal pada masa itu tidak ada dasar dalam syarak yang menentukannya. Namun begitu, Imam an-Nawawi menyatakan bahawa berjabat tangan selepas solat itu tidak mengapa kerana asal hukumnya adalah sunat.[10]
ILMU MANTIK
Berkenaan dengan kalimah kullu (كل) yang membawa maksud setiap didalam hadith "setiap (كل) bidaah itu sesat". Maka perlu difahami hawa didalam ilmu mantik, perkataan kullu-setiap (كل) terbahagi kepada dua:
1. Kullu Jami' كل جامع
yang membawa maksud semua, setiap atau keseluruhan.
2. Kullu Majmu' كل مجموع
yang membawa maksud sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.
Contoh hadith,
"Setiap (كل) anak Adam akan dimakan bumi kecuali tulang sulbi."
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik didalam kitabnya (Imam Malik) al-Muwattho')
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik didalam kitabnya (Imam Malik) al-Muwattho')
Tetapi ada hadith juga menunjukkan bahawa jasad para Nabi tidak akan dimakan bumi.[11] Bahkan ada ketika Allah menyelamatkan jasad para syuhada daripada dimamah bumi.[12] Ini menunjukkan tidak semua (كل) itu merujuk kepada setiap. Setiap (كل) dalam hadith "setiap (كل) bidaah itu sesat" adalah menggunakan Kullu Majmu' كل مجموع iaitu merujuk kepada sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.[13]
Begitu juga dengan ayat al-Quran. Allah berfirman:
أَمَّا
ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَـٰكِينَ يَعۡمَلُونَ فِى ٱلۡبَحۡرِ
فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِيبَہَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ۬ يَأۡخُذُ كُلَّ
سَفِينَةٍ غَصۡبً۬ا
(Al-Kahf ayat 79)
Maksudnya[14]:
"Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut dan aku hendak merosakkan bahtera itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap (كُلَّ) bahtera."
Tafsiran kepada ayat ini ayat ini [15]; "Tentang perahu yang aku tebuk lubang itu, sebenarnya ia adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut bagi mencari rezeki. Tetapi, mereka berhadapan dengan seorang raja yang suka merampas perahu yang elok. Jadi, aku menebuk lubang itu supaya ia tidak dirampas oleh raja."
Ya benar, raja memang suka merampas setiap (كل) bahtera tetapi kalau lihat kisah ini, raja tersebut hanya merampas bahtera yang elok sahaja. Bahtera yang tidak elok misalnya yang berlubang raja tersebut tidak akan rampas. Jadi, penggunaan setiap (كل) dalam kisah ini adalah menggunakan Kullu Majmu' كل مجموع iaitu merujuk kepada sebahagian, sekumpulan atau kebanyakan.
BIDAAH SEBAB ISLAM BELUM SEMPURNA
Sesetengah pihak melakukan bida'ah kerana bagi mereka Islam ini belum sempurna. Maka ini adalah salah, kerana Islam ini telah sempurna. Islam itu sendiri sempurna bersifat syumul.
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku,
dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu".
(Al-Maidah ayat 3)
"Bila yang dimaksud adalah tidak ada lagi penambahan, maka pendapat itu salah, karena setelah ayat ini masih ada banyak ayat ayat lain. turun, masalah hutang dll (dan lain-lain), berkata para Mufassirin bahwa ayat ini bermakna Makkah Al-Mukarramah sebelumnya selalu masih dimasuki orang musyrik mengikuti hajinya orang Muslim, mulai kejadian turunnya ayat ini maka Musyrikin tidak lagi masuk Masjidil Haram, maka membuat kebiasaan baru yang baik boleh saja."[16]
Pemahaman setiap orang adalah berbeza. Maka kita perlu raikan pendapat ulama-ulama selagi tidak bertentangan dengan 4 perkara tadi. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak disentuh didalam al-Quran namun al-Quran telah menggariskan panduan supaya manusia bertanya kepada yang lebih 'alim jika mereka tidak tahu.[17]
Wallahu'alam
RUJUKAN:
[1] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM, hlm. 102
[2] Ustaz Mohammad Nizam Abdul Kadir al-Jarumi. Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya....
[3] Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam. 300 Hadis Bimbingan. Selangor Darul Ehsan: Telaga Biru Sdn Bhd. hlm.
[4] Hadith Riwayat an-Nasaie no.1560
[5] Ustaz Muhadir Haji Joll. Majalah Q&A isu 5: Paradigma; Bidaah antara Hasanah dan Dholalah
[6] Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam @ Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman; keterangan Hadis Pertama: Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman. Kedah Darul Aman: Khazanah Banjariah hlm. 10-12

[7] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM, hlm. 103
[8] Q&A Isu 29, Selangor Darul Ehsan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hlm. 19
[9] Majalah Iman Bil 20. Tanya Bila Musykil: Keliru Tentang Bidaah. Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad. m/s 76-77
[8] Q&A Isu 29, Selangor Darul Ehsan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hlm. 19
[9] Majalah Iman Bil 20. Tanya Bila Musykil: Keliru Tentang Bidaah. Ustaz Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad. m/s 76-77
[10] Kamarul Azmi Jasmi. Pembaharuan Dalam Dunia Islam. Johor Bharu: UTM hlm. 104
[11] "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad para anbiya'. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah, al-Darimi dan Ibn Khuzaimah. Dinilai Hasan oleh Albani didalam Sahih al-Targhib)
[12] Tidak menjadi kemestian jasad setiap syuhada akan terpeliara daripada dimakan tanah. Jika ada pun, ia kemulian khusus yang dikurniakan kepada jasad tersebut. Kemulian sebegini juga terkadang berlaku kepada jasad orang yang soleh yang kematiannya bukan disebabkan mati syahid. (Mohammad Abdul Kadir Bin Sahak (2013), Biar Tahu Jangan Keliru, Selangor Darul Ehsan: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd, hlm.297)

[13] Ustaz Muhadir Haji Joll. Majalah Q&A Isu 18: Paradigma; Kalimah 'Kullu' Tidak Semestinya Bermakna 'Semua'
[14] Al-Quran al-Karim Terjemahan al-Hidayah
[15] Abdul Razak Muthalib.2013. Hikmah Surah al-Kahfi; Bab 4: Tafsir Ringkas Surah al-Kahfi Ayat 79. PTS Publication. Selangor Darul Ehsan. m/s 67
[14] Al-Quran al-Karim Terjemahan al-Hidayah
[15] Abdul Razak Muthalib.2013. Hikmah Surah al-Kahfi; Bab 4: Tafsir Ringkas Surah al-Kahfi Ayat 79. PTS Publication. Selangor Darul Ehsan. m/s 67
[16] Habib Munzir al-Musawa, Kenalilah Akidahmu, MajelisRasulullah.org ms 4
[17] An-Nahlu ayat 43
[17] An-Nahlu ayat 43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan