AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Sabtu, 26 Oktober 2013

Apa itu tariqat?

Soalan:

Assalamu'alaikum Akhi. Apa itu tareqat?

Jawapan: [1]

Waalaikumussalam.

Tariqat diambil dari perkataan bahasa arab iaitu Tariq (طريق). Tariq dari segi bahasa bermaksud jalan.[2] Boleh jadi juga ia membawa maksud kedudukan. Didalam surah al-Jin ayat 16, Allah berfirman,

"Dan sekiranya mereka itu tetap (istiqamah) diatas jalan agama Allah (Tariqah), maka kami pasti akan mencurahkan (mengurniakan) kepada mereka air yang mencurah-curah rahmat yang luas."

Pengertian khusus bagi maksud tareqat ialah tatacara yang khusus atau himpunan adab-adab dan ajaran-ajaran yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan ahli tasawuf. Takrifan ini diberikan oleh Abu al-'Ula 'Afifi didalam al-Tasawwuf al-Thawrah al-Ruhiyyah.

[1] Dr.Abdul Manam Bin Mohamad. Seminar Tareqat Tasauwuf 2013: Konsep Tareqat Dalam Islam. Jabatan Mufti Kerajaan negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
[2] Qamus Oxford Fajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan