AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Ahad, 27 Oktober 2013

Adik Susuan Membatalkan Wuduk?

Soalan:

Kawan saya ada ibu sususan. So kalau dia pegang anak ibu susuan dia, batal tak wuduk?

Jawapan:

Tidak akan membatalkan wuduk memegang adik beradik susuan. Namun wuduk akan terbatal sekiranya adik beradik kandung kawan kamu (yang tidak menyusu dengan ibu susuan adik beradik susuan) bersentuhan dengan adik beradik susuan kawan kamu.[1]

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Haram kerana susuan sama dengan haram kerana keturunan."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Gambaran:

A ialah seorang lelaki yang memiliki 2 adik beradik lelaki iaitu B dan C.
D ialah ibu susuan A.
E ialah anak perempuan kepada ibu susuannya.

Maka tidak batal wuduk jika A memegang D dan juga E kerana mereka memiliki hubungan susuan. Tetapi B dan C akan batal wuduk jika memegang A dan D kerana mereka tidak memiliki hubungan susuan.

Rujukan:

[1] Dato Ismail Kamus. Majalah Al-Ustaz Isu 14; Fiqah Harian:Adik  Susuan Membatalkan Wuduk?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan