Soalan:
Solat itu lebih baik dari tidur adalah bidaah bukan? Sebab part tu tak ada zaman Nabi.
Jawaban:
Solat itu adalah lebih baik dari tidur (الصلاة خير من النوم) adalah kalimah taswib. Perkara ini bukanlah bidaah.
Didalam hadith riwayat Imam Ahmad, Bilal melaungkan azan subuh dengan kalimah tersebut. Saad Ibn Musayyib berkata: Lalu lafaz ini dimasukkan ke dalam bahagian dari azan untuk solat subuh.[1]
Bagi menyokong kenyataan bahawa kalimah taswib ada pada zaman Nabi dan Nabi membenarkannya[2] adalah berpandukan dalam hadith riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad, Dari Abi Mahzurah, ia berkata, Saya pernah berkata kepada Rasulullah, ya Rasulullah! Ajarkanlah aku cara azan. Lalu Nabi mengajarnya azan dan ia bersabda: Kemudian jika hendak solat subuh, maka katakanlah:
الصلاة خير من النوم
الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله
(Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud didalam Sunan Abi Daud pada bab Azan; Cara Azan)
Rujukan:
[1] Syeikhul Maqari Imam Mustafa Haji Sidin, Kursus Bilal dan Muazzin.
[2] Ustaz Rohidzir Rais, Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan