AhliMu MenJawab


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Ahad, 27 Oktober 2013

Surah didalam solat hajat

Soalan:

Solat hajat baca surah apa-apa pun boleh eh? Saya lupa caranya.

Jawapan: [1]

Ulama telah menggariskan panduan surah yang boleh dibaca iaitu surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas. Namun kita boleh membaca apa-apa surah yang kita mahu.
Dalam sujud terakhir terdapat tasbih, kemudian mohon hajat itu.

Tentang rakaat. Menurut Riwayat Ahmad, solat hajat itu sebanyak 2 rakaat.

Rujukan:

[1] Ustaz Mohamad Jajuli Abdul Rahman, Solat-Solat Sunat: Hikmah dan Cara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan